Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
Dr Qim dan fisioterapis Jom Physio

Pusat Physio · Kelantan

Physio Kelantan.
Bergerak semula tanpa sakit.

Doktor & fisioterapis · Laser HILT & SIS · Buka hingga 10.30 malam

Housecall Fisio datang ke rumah · RM150 → G★★★★★ 5.0 · 52 ulasan Google
5.0★Google
7hari seminggu
10.30malam
PERKESOpanel
Dr Qim memeriksa bahu pesakit di Jom Physio

Cara kami

Cari punca. Rawat punca.

Nilai

Doktor & fisioterapis periksa punca sebenar.

Rawat

Manual, senaman, SIS atau laser HILT.

Kekal pulih

Senaman di rumah supaya tak berulang.

Video

Lihat sendiri.

Pilih masalah anda — Dr Qim & fisioterapis kami terangkan, dirakam di klinik sendiri.

Video · 0:32

3 senaman untuk sakit pinggul & piriformis

Sakit pinggul yang menjalar ke kaki atau bila duduk lama mungkin tanda piriformis syndrome. Fisioterapis Jom Physio mengajar tiga senaman: seated piriformis stretch, bridging dan sciatic nerve glide.

Tanya tentang rawatan ini

Teknologi

Rawatan moden.

High Intensity Laser Therapy di Jom Physio
HILT

High Intensity Laser Therapy

Laser intensiti tinggi untuk membantu mengurangkan sakit dan radang pada tendon, sendi dan saraf.

Ketahui lanjut →
Super Inductive System di Jom Physio
SIS

Super Inductive System

Medan elektromagnet berintensiti tinggi untuk melegakan otot, mengurangkan kebas dan menguatkan semula otot.

Ketahui lanjut →
Shockwave Therapy di Jom Physio
ESWT

Shockwave Therapy

Gelombang mekanikal untuk masalah tendon kronik seperti sakit tumit, bahu dan siku.

Ketahui lanjut →

Pasukan

Doktor & fisioterapis.

Dr Qim, Doktor Jom Physio
Doktor

Dr Qim

Penilaian klinikal & scan ultrasound.

Hasnida, Fisioterapis Jom Physio
Fisioterapis

Hasnida

Muskuloskeletal, neuro & pasca pembedahan.

Nuraneesha, Fisioterapis Jom Physio
Fisioterapis

Nuraneesha

Mobiliti, strok & fungsi harian.

Anis Qistina, Fisioterapis Jom Physio
Fisioterapis

Anis Qistina

Rehab strok & kecederaan sukan.

Hasil pesakit

Mereka dah bergerak semula.

Pn Hajah Azizah, 67
Pn Hajah Azizah, 67Bachok, Kelantan
OA lutut · 8x SIS

Tak boleh berjalan jauhBoleh solat seperti biasa

En Jaafar, 66
En Jaafar, 66Besut, Terengganu
Strok · 12 sesi

Keseimbangan berkurangBoleh bangun & berjalan sendiri

En Syaifullizan, 36
En Syaifullizan, 36Besut, Terengganu
Slip disc L3–L5 · 12 sesi

Angkat kaki 70° sahajaRingan untuk melangkah

Pengalaman individu. Hasil setiap pesakit berbeza.

Ulasan Google

52 ulasan. Semuanya 5 bintang.

Kami tak minta anda percaya bulat-bulat. Baca sendiri apa kata pesakit yang sudah datang.

5.0 52 ulasan Google · semuanya 5 bintangLihat di Google →
DM
Dr. MarzukiSaraf leher · 5 sesi · Nov 2026
Terbaru
★★★★★
Saya telah menjalani rawatan sakit saraf cervical spine c7 sebanyak 5 kali, Alhamdulillah bertambah baik. Selepas itu saya buat beberapa rawatan susulan dan hampir pulih sepenuhnya. Highly recommended. Persekitaran yang bersih, selesa, perawat sangat profesional dan komited dan senantiasa memberi panduan sepanjang proses rawatan.
ZJ
Zuldiana JazlanRawatan ayah · Okt 2026
Terbaru
★★★★★
Terima kasih atas layanan yang sangat baik, mesra dan penuh kesabaran sepanjang rawatan fisioterapi ayah saya. Kami amat menghargai keprihatinan, profesionalisme dan kesungguhan setiap petugas dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan serta pemulihan ayah. Semoga segala usaha dan kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran yang baik. Syabas dan teruskan kecemerlangan!
ZM
Zam MurreyBahu · 4 sesi · Okt 2026
Terbaru
★★★★★
Selepas 4 sesi rawatan. 1. Fisioterapis sangat berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. 2. Penggunaan teknologi terkini seperti laser sangat dapat mengurangkan sakit. Super Inductive System sangat membantu menguatkan otot bahu semula. 3. Manual terapi dan manual senaman yang sangat sesuai dan mudah.
KY
Khairulanuar YusoffUlasan Google · Nov 2026
★★★★★
Lain dari yang lain... Alhamdulillah. Terbaik... puas hati.
MA
Mohd Azezee Mohd NoorPemulihan · Nov 2026
★★★★★
Melalui proses pemulihan di Jom Physio yg amat baik. Proses pemulihan berperingkat yg sgt positif dari masa ke semasa. Sy sbgai pelanggan sgt berpuas hati serta dibantu oleh staff2 yg amat baik, ramah dan berpengalaman.
WM
Wan Muhammad FaisyalPeralatan · Okt 2026
★★★★★
Peralatan yang digunakan amat membantu dalam proses pemulihan.
KA
Khairil AzuarUlasan Google · Okt 2026
★★★★★
Selesa, harga berpatutan, peralatan moden dan khidmat konsultasi yang baik.
KA
Ku Azhar Ku MansorKali pertama · Okt 2026
★★★★★
First time datang sini. Btw kena buat appt dulu sebelum datang. Mesin fisio dia canggih. Tempat selesa. Staff juga sangat jelas memberikan penerangan. InsyaAllah akan repeat lagi datang untuk beberapa sesi lagi.
FR
Fairuz RahmanPemulihan anak · Sep 2026
★★★★★
Terima kasih byk2 Jom Physio. Banyak membantu ke arah pemulihan anak saya. Sangat2 profesional dan banyak ilmu yg dikongsi bersama. Mesra pesakit dan prihatin.
NS
Nur SyakirahLaser & SIS · Sep 2026
★★★★★
Layanan dan perawatan yang terbaik. Staff yang bertugas sangat ramah dan baik. Untuk treatment pula diterangkan dengan details. Penggunaan alatan berteknologi moden (laser dan Super Inductive System) bukan sekadar senaman sahaja. Harga memang berpatutan.
EZ
eiyna zalinaBahu · Ogo 2026
★★★★★
Saya mengalami sakit bahu yang kronik. Aktiviti harian sangat terganggu. Apabila mendapat rawatan fisio selama beberapa sesi, alhamdulillah frozen shoulder saya dah semakin pulih dan aktiviti harian saya berjalan lancar.
MM
mummy mirBahu · Mei 2026
★★★★★
Saya datang sebab sakit bahu sampai susah angkat tangan. Fisio sangat professional, peramah, baik sangat la orangnya. Dia explain punca masalah dengan jelas dan buat rawatan yang sesuai. Satu sesi 1 jam lebih, puas hati. Sangat recommended, teruskan 👍
AA
amin aliasRecovery larian · Mei 2026
★★★★★
Best dooh buat physio sini, servis & layan sgt baik. Relo mari jauh pun asal puas hati. Lepas run wajib mari sini recovery.
KA
Khairul aiman AimanUlasan Google · Mei 2026
★★★★★
Setakat ini berpuas hati dgn layanan diterima dan staf pun byk membantu saya, terima kasih banyak2.
II
izyani idrisSenaman · Ogo 2025
★★★★★
Rasa lebih selesa selepas fisio. Juru fisio yang peramah dan sangat selesa menerangkan cara-cara senaman.
VC
velvet chipsLutut · 3 sesi · Ogo 2025
★★★★★
Perkhidmatan physio terbaik, layanan staff pun bagus, baik & berpengalaman. Sayo mari dgn sakit lutut. Buat treatment guna mesin SIS, TENS dan dia pun ada ajar senaman. Alhamdulillah, lepas 3 kali dan sambung buat senaman rumoh, loni buleh smaye berdiri, lipat lutut pun boleh doh.
SS
Syahiran SamsudinUlasan Google · Apr 2025
★★★★★
Servis fisio bagus dan penerangan dari ahli fisioterapi sangat detail dan bagus, tak lupa juga harga berpatutan.
AR
Aqila RosmanSciatica · 8 sesi · Apr 2025
★★★★★
The therapy session was brilliant! I was diagnosed with sciatic pain due to pregnancy. I have completed all 8 sessions of SIS therapy. I feel better, the pain is 80% gone, my movements are not limited now. Of course with daily exercises. The clinic is welcoming and comfortable.
NA
Nor Adnin AbdullahUlasan Google · Apr 2025
★★★★★
Service terbaik kat sini. Before start treatment, doc akan check and explain in detail kat patient dulu. Semua staff kat sini friendly. Very recommended!
LH
Luqman HakimmUlasan Google · Mac 2025
★★★★★
Staff peramah dan senang untuk berurusan. Recommend sangat.
DA
Dahlia AfsheenUlasan Google · Mac 2025
★★★★★
Doktor: explanation yang jelas & terang. Bagitahu dulu harga untuk setiap sesi rawatan. Sangat peramah. Staff: peramah & boleh tanya kalau nak lebih penjelasan. Overall: puas hati & semoga terus maju jaya.
MK
Mohammad Khairul AzmiBelakang · Mac 2025
★★★★★
Best experience. Sebelum ni rasa tegang je belakang ni, but now, Alhamdulillah. Getting better. 🤗
HZ
Hariz ZulkifliUlasan Google · Feb 2025
★★★★★
Nice place, good environment, best service 👍
NR
Natasya RazaliTeknologi · Jan 2025
★★★★★
Pusat fisioterapi canggih menggunakan mesin. Terbaik untuk melegakan sakit-sakit urat, sakit saraf.
HI
Haziq IkhwanBelakang · SIS · Jan 2025
★★★★★
Pusat physio yang terbaik di Kelantan. Datang untuk buat mesin Super Inductive System sbb sakit belakang. Staff peramah, suasana yg tenang, parking yg luas. Sangat2 recommend.
A
AYUNNIUlasan Google · Jan 2025
★★★★★
The best clinic, doctor and staff were so friendly and always ready to serve the community. Satisfied with the services, the doctor check up & explain finding clearly 😁
JM
Julieza Mat AliUlasan Google · Jan 2025
★★★★★
Friendly staff and helpful doctor. The price also affordable and worth it!
NS
Nurul Syahira Abdul AzizUlasan Google · Jan 2025
★★★★★
The best ever clinic in town 👍🏻 Doctors and staff very friendly ☺️
CB
Chuck BorealisUlasan Google · Jan 2025
★★★★★
Staff sangat profesional dan berpengalaman, mesra pesakit. Very recommended.

Petikan ulasan Google sebenar (dipendekkan). Pengalaman individu; hasil setiap pesakit berbeza.

Kawasan

Untuk seluruh Kelantan.

Buka hingga 10.30 malam — sempat datang selepas kerja.

Cari “fisioterapi near me” di Kelantan?

Jika anda mencari fisioterapi near me, physio near me atau pusat fisioterapi dekat saya di Kelantan, Jom Physio ada dua lokasi. Pusat utama di Lot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, buka setiap hari 9.00 pagi hingga 10.30 malam, termasuk hujung minggu, dengan semua mesin rawatan (SIS, laser HILT, shockwave). Lokasi kedua ialah sesi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda, untuk penilaian, terapi manual dan senaman.

Klinik fisioterapi yang buka sekarang (open now)?

Pusat Pasir Puteh buka setiap hari hingga 10.30 malam, jadi ramai pesakit datang selepas waktu kerja atau selepas Maghrib. WhatsApp 012-656 9143 dahulu supaya slot sedia bila anda sampai. Tidak perlu surat rujukan.

Pilih lokasi paling dekat dengan rumah anda

Dari Pasir Puteh, Tok Bali, Selising atau Bachok: Jom Physio Pasir Puteh. Dari bandar Kota Bharu, Kubang Kerian atau Wakaf Che Yeh: fisioterapi Kota Bharu. Untuk daerah lain, lihat fisioterapi Kelantan ikut bandar. Jika susah keluar rumah, ada physio datang rumah dalam lingkungan 20 km dari pusat Pasir Puteh.

Sebelum pilih pusat fisioterapi

Baca 7 perkara yang patut disemak sebelum pilih physio di Kelantan, apa itu fisioterapi, beza urut dan fisioterapi dan berapa kali sesi fisioterapi perlu.

Dikemas kini: 17 November 2026.

Soalan lazim

Tentang physio di Jom Physio.

Perlu surat rujukan doktor untuk buat fisioterapi di Jom Physio?

Tidak. Anda boleh terus WhatsApp atau datang tanpa rujukan. Jika ada surat doktor, laporan X-ray atau MRI, bawa sekali supaya penilaian lebih tepat. Doktor kami, Dr Qim, juga boleh membuat penilaian klinikal jika perlu.

Berapa harga satu sesi fisioterapi?

Harga rawatan di Jom Physio ialah RM100–RM170 bagi setiap sesi, bergantung pada jenis penilaian dan rawatan yang diperlukan. Anggaran penuh diterangkan sebelum rawatan dimulakan.

Berapa lama satu sesi dan berapa sesi diperlukan?

Satu sesi biasanya 30 minit hingga 1 jam. Bilangan sesi bergantung pada masalah, tempoh sakit dan matlamat anda — fisioterapis akan beri pelan selepas penilaian pertama.

Apa beza fisioterapi dengan urut?

Fisioterapi bermula dengan penilaian untuk mencari punca sakit — otot, sendi, tendon atau saraf — kemudian rawatan dan senaman dirancang oleh doktor dan fisioterapis bertauliah. Urut boleh melegakan otot buat sementara, tetapi tidak menilai saraf, sendi atau corak pergerakan.

Boleh rawat slip disc dan sciatica tanpa pembedahan?

Banyak kes slip disc dan sciatica boleh diurus tanpa pembedahan melalui senaman, terapi manual dan teknologi seperti laser atau Super Inductive System. Jika kaki menjadi sangat lemah atau hilang kawalan kencing/berak, pergi ke hospital dengan segera.

Adakah rawatan laser HILT dan shockwave sakit?

Laser HILT biasanya terasa hangat sahaja. Shockwave mungkin rasa kurang selesa seketika di kawasan yang sakit. Kekuatan rawatan dilaraskan mengikut toleransi anda.

Jom Physio panel PERKESO?

Ya. Jom Physio menerima kes panel PERKESO. Kelayakan, dokumen dan jenis rawatan tertakluk kepada pengesahan kes — WhatsApp kami untuk semakan.

Adakah Jom Physio buka waktu malam dan hujung minggu?

Ya. Kami buka setiap hari, 9.00 pagi hingga 10.30 malam, termasuk hujung minggu. Sesuai untuk yang bekerja dan penjaga keluarga. Sila sahkan slot melalui WhatsApp.

Di mana lokasi Jom Physio?

Lot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Ramai pesakit datang dari Pasir Puteh, Tok Bali, Selising, Bachok, Machang serta Jertih dan Besut di Terengganu.

Bagaimana nak buat temujanji?

Tiada borang. Tekan butang WhatsApp atau hubungi 012-656 9143, ceritakan masalah anda dan pasukan kami akan semak slot yang sesuai.

Fisioterapi near me di Kelantan, mana pusat yang paling dekat?

Jom Physio ada pusat utama di Padang Pak Amat, Pasir Puteh (buka setiap hari 9 pagi hingga 10.30 malam) dan sesi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda. Pilih page bandar anda di fisioterapi Kelantan untuk jarak dan laluan.

Ada pusat fisioterapi yang buka malam dan hujung minggu?

Ya. Pusat Jom Physio di Pasir Puteh buka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad, 9.00 pagi hingga 10.30 malam. WhatsApp 012-656 9143 untuk semak slot.

Siapa therapist yang merawat di Jom Physio?

Rawatan dibuat oleh fisioterapis Jom Physio (Hasnida, Nuraneesha dan Anis Qistina) bersama Dr Ahmad Mustaqim (Dr Qim) untuk penilaian doktor dan scan ultrasound bila perlu. Lihat tentang Jom Physio.

Lokasi kami

Pasir Puteh, Kelantan

Padang Pak Amat. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Bilik rawatan Jom Physio dengan logo, Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Jom Physio · Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Mula hari ini.

WhatsApp — terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami