Adakah Jom Physio panel insurans atau terima medical card?
Tidak. Jom Physio bukan panel cashless mana-mana syarikat insurans atau takaful swasta. Anda bayar dahulu, kemudian kami beri resit rasmi, bil terperinci dan laporan atau surat doktor untuk anda claim sendiri. Untuk PERKESO, kami panel, tetapi rawatan mesti melalui rujukan Pegawai Pengurus Kes PERKESO.
Boleh ke saya claim fisioterapi dengan insurans atau takaful?
Mungkin boleh, bergantung pada polisi anda. Kebanyakan medical card hanya menanggung fisioterapi pesakit luar sebagai rawatan susulan selepas keluar wad atau pembedahan, dalam tempoh tertentu. Pelan kemalangan diri (PA) pula mungkin menanggung fisioterapi akibat kemalangan. Tanya syarikat anda sebelum mula rawatan.
Saya tidak pernah masuk wad. Masih boleh claim?
Dalam pelan yang kami semak, fisioterapi pesakit luar tanpa kemasukan wad, pembedahan atau kemalangan selalunya tidak ditanggung. Ada pelan yang berbeza, jadi semak sijil polisi anda atau hubungi talian khidmat pelanggan syarikat.
Dokumen apa yang Jom Physio boleh beri?
Resit rasmi, bil terperinci bagi setiap sesi, dan laporan atau surat doktor. Jika syarikat anda ada borang khas untuk diisi oleh doktor, bawa borang itu semasa datang ke klinik.
Berapa lama tempoh untuk hantar claim?
Ikut polisi anda. Panduan industri menasihatkan notis bertulis kepada syarikat secepat mungkin atau dalam 30 hari dari tempoh rawatan, dan ada syarikat yang menetapkan tempoh lebih pendek. Hantar segera selepas rawatan untuk elak claim ditolak kerana lewat.
Saya cedera dalam kemalangan jalan raya. Boleh claim kos fisioterapi?
Jika pihak lain yang menyebabkan kemalangan, anda boleh membuat claim kecederaan pihak ketiga (TPBI) terhadap syarikat insurans kenderaan mereka, termasuk kos perubatan. Buat laporan polis dalam 24 jam dan simpan semua resit serta laporan rawatan. Lihat juga /fisioterapi-selepas-kemalangan/.
Saya cedera semasa kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Bagaimana?
Kecederaan kerja dan kemalangan dalam perjalanan terus antara rumah dan tempat kerja dilindungi PERKESO. Laporkan kepada majikan dan PERKESO. Rawatan fisioterapi PERKESO di Jom Physio bermula dengan rujukan Pegawai Pengurus Kes PERKESO; anda tidak boleh daftar sendiri. Lihat /perkeso/ dan /kecederaan-kerja/.
Claim saya ditolak. Apa boleh saya buat?
Minta sebab penolakan secara bertulis dan semak semula syarat polisi. Jika ada dokumen yang kurang, lengkapkan dan hantar semula. Jika masih tidak puas hati, buat aduan kepada syarikat dahulu; selepas itu anda boleh merujuk kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) atau BNMLINK (1-300-88-5465).