Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Servis

Servis kami

Servis Fisioterapi & Rehabilitasi di Kelantan

Rawatan dipilih ikut penilaian — bukan pakej yang sama untuk semua. Harga & pakej yang telus.

Penilaian & scan ultrasound

Doktor dan fisioterapis menilai sejarah sakit, pergerakan dan saraf. Scan ultrasound muskuloskeletal boleh dibuat untuk melihat tendon, bursa dan saraf dengan lebih tepat.

Fisioterapi manual & senaman

Teknik hands-on (mobilisasi sendi, regangan, pelepasan otot) dan program senaman berperingkat yang anda boleh teruskan di rumah.

High Intensity Laser Therapy

Laser intensiti tinggi untuk membantu mengurangkan sakit dan radang. Baca lanjut →

Super Inductive System

Medan elektromagnet untuk melegakan otot, mengurangkan kebas dan menguatkan otot. Baca lanjut →

Shockwave therapy

Untuk tendon kronik — tumit, bahu, siku. Baca lanjut →

TENS & elektroterapi

Stimulasi elektrik sebagai sokongan pengurusan sakit apabila sesuai. Baca lanjut →

Rehabilitasi strok

Latihan keseimbangan, kekuatan, berjalan dan fungsi tangan untuk pesakit strok. Baca lanjut →

Kecederaan sukan

Terseliuh, ligamen, tendon dan fisio sebelum bersukan. Baca lanjut →

Physio datang rumah

Untuk strok, warga emas dan selepas pembedahan — fisioterapis datang ke rumah, RM150 selawatan. Baca lanjut →

Fisioterapi warga emas

Lutut, pinggang, imbangan dan cegah jatuh untuk mak ayah. Baca lanjut →

Teknologi

Teknologi rawatan

High Intensity Laser Therapy di Jom Physio
HILT

High Intensity Laser Therapy

Laser intensiti tinggi untuk membantu mengurangkan sakit dan radang pada tendon, sendi dan saraf.

Ketahui lanjut →
Super Inductive System di Jom Physio
SIS

Super Inductive System

Medan elektromagnet berintensiti tinggi untuk melegakan otot, mengurangkan kebas dan menguatkan semula otot.

Ketahui lanjut →
Shockwave Therapy di Jom Physio
ESWT

Shockwave Therapy

Gelombang mekanikal untuk masalah tendon kronik seperti sakit tumit, bahu dan siku.

Ketahui lanjut →
Fisioterapi manual & senaman di Jom Physio
Manual

Fisioterapi manual & senaman

Teknik hands-on dan senaman berperingkat supaya pemulihan berterusan di rumah.

Ketahui lanjut →
Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation di Jom Physio
TENS

Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation

Stimulasi elektrik sebagai sokongan pengurusan sakit apabila sesuai.

Ketahui lanjut →

Video

Lihat sendiri.

Video · 0:32

3 senaman untuk sakit pinggul & piriformis

Sakit pinggul yang menjalar ke kaki atau bila duduk lama mungkin tanda piriformis syndrome. Fisioterapis Jom Physio mengajar tiga senaman: seated piriformis stretch, bridging dan sciatic nerve glide.

Tanya tentang rawatan ini

Soalan lazim

Perlu surat rujukan doktor untuk buat fisioterapi di Jom Physio?

Tidak. Anda boleh terus WhatsApp atau datang tanpa rujukan. Jika ada surat doktor, laporan X-ray atau MRI, bawa sekali supaya penilaian lebih tepat. Doktor kami, Dr Qim, juga boleh membuat penilaian klinikal jika perlu.

Berapa harga satu sesi fisioterapi?

Harga rawatan di Jom Physio ialah RM100–RM170 bagi setiap sesi, bergantung pada jenis penilaian dan rawatan yang diperlukan. Anggaran penuh diterangkan sebelum rawatan dimulakan.

Berapa lama satu sesi dan berapa sesi diperlukan?

Satu sesi biasanya 30 minit hingga 1 jam. Bilangan sesi bergantung pada masalah, tempoh sakit dan matlamat anda — fisioterapis akan beri pelan selepas penilaian pertama.

Apa beza fisioterapi dengan urut?

Fisioterapi bermula dengan penilaian untuk mencari punca sakit — otot, sendi, tendon atau saraf — kemudian rawatan dan senaman dirancang oleh doktor dan fisioterapis bertauliah. Urut boleh melegakan otot buat sementara, tetapi tidak menilai saraf, sendi atau corak pergerakan.

Boleh rawat slip disc dan sciatica tanpa pembedahan?

Banyak kes slip disc dan sciatica boleh diurus tanpa pembedahan melalui senaman, terapi manual dan teknologi seperti laser atau Super Inductive System. Jika kaki menjadi sangat lemah atau hilang kawalan kencing/berak, pergi ke hospital dengan segera.

Adakah rawatan laser HILT dan shockwave sakit?

Laser HILT biasanya terasa hangat sahaja. Shockwave mungkin rasa kurang selesa seketika di kawasan yang sakit. Kekuatan rawatan dilaraskan mengikut toleransi anda.

Jom kembali bergerak tanpa sakit.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami