Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Servis
  3. Sakit pinggang

Sakit pinggang · Kelantan

Sakit pinggang. Buah pinggang ke, saraf ke?

Kelantan antara negeri paling banyak cari “sakit pinggang” di Malaysia. Kebanyakannya bukan ginjal — tetapi otot, sendi atau saraf yang perlu diperiksa, bukan diurut.

4.9 ★ Google36 ulasan pesakit
Doktor + fisioterapisDalam satu pasukan
Buka setiap hari9 pagi – 10.30 malam
Panel PERKESOSemak kelayakan anda

Kenali corak sakit anda

Kaku bila bangun tidur, hilang selepas bergerak

Sendi facet / otot — paling biasa selepas 40

Sakit bila rukuk, bongkok, angkat barang, batuk

Cakera (slip disc peringkat awal)

Sakit menjalar ke pinggul atau kaki, kebas

Saraf terhimpit / sciatica — lihat halaman sciatica

Sakit tepi pinggang yang tak berubah dengan pergerakan, demam, kencing berdarah

Mungkin buah pinggang — jumpa doktor, bukan physio

Video · 0:41

Sakit belakang kronik: rawatan 3 dalam 1

Sakit belakang bila duduk, berjalan atau tidur? Dr Qim menerangkan rawatan komprehensif 3 dalam 1 di Jom Physio: fisioterapi manual, Super Inductive System dan High Intensity Laser.

Tanya tentang rawatan ini

Kenapa urut tak selesaikan sakit pinggang yang berulang

Urut melegakan otot buat sementara. Tetapi jika puncanya cakera yang menekan saraf, sendi facet yang haus, atau otot teras yang lemah, sakit akan kembali dalam beberapa hari. Sebab itu langkah pertama di Jom Physio ialah penilaian oleh doktor: ujian pergerakan, ujian saraf, dan scan ultrasound jika perlu — supaya kita rawat punca, bukan rasa.

Rawatan di Jom Physio

Penilaian doktor (sesi 1)

Bezakan otot / sendi / cakera / saraf / ginjal. Semak sejarah, ubat, tanda bahaya. Scan ultrasound bila perlu.

Super Inductive System (SIS)

Medan elektromagnet berintensiti tinggi untuk melegakan otot dalam, mengurangkan sakit dan merangsang saraf — tanpa suntikan, sambil berpakaian.

Terapi manual + senaman teras

Mobilisasi sendi, regangan, dan 3–4 senaman teras untuk dibuat di rumah (video dihantar ke WhatsApp).

Suntikan berpandukan ultrasound

Untuk kes tertentu selepas penilaian doktor — bila sakit menghalang senaman.

Berapa sesi?

Sakit baru (< 4 minggu): 1–3 sesi. Sakit yang dah berbulan: pelan 5 sesi RM550, seminggu 1–2 kali, kemudian senaman sendiri. Senarai penuh di harga & pakej.

Video · 0:21

Sciatica & piriformis: rawatan Super Inductive System

Sakit menjalar dari pinggang ke kaki, kebas dan sakit bila duduk lama boleh jadi sciatica atau piriformis syndrome. Super Inductive System di Jom Physio membantu mengurangkan sakit dan kebas, melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.

Tanya tentang rawatan ini

Kenapa doktor + fisioterapis

Tukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, membuat scan ultrasound, dan memberi suntikan berpandukan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.

Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.

Hasil pesakit

Pesakit kami dengan masalah sama

En Syaifullizan, 36
En Syaifullizan, 36Besut, Terengganu
Slip disc L3–L5 · 12 sesi

Angkat kaki 70° sahajaRingan untuk melangkah

Perkongsian pengalaman individu. Hasil rawatan setiap pesakit boleh berbeza.

Soalan lazim

Macam mana nak tahu sakit pinggang ni buah pinggang atau otot?

Sakit ginjal biasanya di tepi/belakang bawah tulang rusuk, tidak berubah bila bergerak atau tukar posisi, dan sering disertai demam, loya atau perubahan kencing. Sakit otot/saraf berubah dengan posisi, lebih sakit bila bongkok atau duduk lama. Doktor kami semak kedua-duanya pada sesi pertama.

Sakit pinggang sebelah kanan pada wanita — pertanda apa?

Selalunya otot/sendi di sebelah itu, kadang-kadang sciatica awal. Tetapi pada wanita perlu juga ditolak punca ginjal atau ginekologi jika sakit tidak berkait dengan pergerakan. Sebab itu penilaian oleh doktor penting sebelum rawatan.

Perlu X-ray atau MRI dulu?

Kebanyakan kes tidak. Pemeriksaan fizikal dan ujian saraf mencukupi untuk memulakan rawatan. MRI dicadangkan jika ada kelemahan kaki, kebas yang semakin teruk, atau tiada perubahan selepas 4–6 minggu.

Berapa kali perlu datang?

Sakit baru: 1–3 sesi. Sakit kronik: 5 sesi dalam 4–6 minggu, kemudian senaman sendiri. Kami nilai semula setiap 3 sesi — jika tiada kemajuan, kami beritahu dan rujuk.

Saya dari Kota Bharu / Tanah Merah, berbaloi ke?

Ya jika sakit dah berbulan. Kami susun slot 90 minit pertama (penilaian doktor + rawatan) dan jadual seminggu sekali supaya perjalanan berbaloi. Lihat halaman Kota Bharu dan Tanah Merah.

Lokasi kami

Lokasi & waktu operasi

Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Papan tanda Pusat Fisioterapi Jom Physio, Padang Pak Amat
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Jangan tahan. Semak punca minggu ini.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami