Penilaian doktor + scan ultrasound
Sahkan frozen shoulder vs koyak tendon/kalsifikasi; tentukan peringkat; semak gula darah.
Frozen shoulder · Kelantan
Tak boleh sikat rambut, pakai baju, capai belakang atau angkat takbir — dan sakit waktu malam. Frozen shoulder (adhesive capsulitis) ialah kapsul sendi yang meradang dan mengecut. Diurut, ia makin sakit. Dirawat ikut peringkat, ia pulih.
Sakit paling kuat, terutama malam; pergerakan mula terhad. Fokus: kurangkan radang & sakit.
Sakit kurang, tetapi bahu sangat kaku. Fokus: regangan kapsul berperingkat.
Pergerakan kembali perlahan. Fokus: kekuatan & fungsi.
Sakit selepas jatuh (mungkin koyak tendon), bengkak merah panas, atau sakit dari leher menjalar ke tangan — doktor bezakan dengan ujian & ultrasound.
Sakit bahu bila sidai baju, pakai baju atau memandu mungkin frozen shoulder. Fisioterapis Jom Physio menerangkan rawatan Super Inductive System untuk melembut dan menguatkan otot, serta High Intensity Laser untuk mengurangkan radang tendon.
Tanya tentang rawatan iniFrozen shoulder berlaku 2–4 kali lebih kerap pada pesakit diabetes, dan selepas tempoh bahu tidak digerakkan (lepas kecederaan kecil, pembedahan, atau strok). Kapsul sendi menjadi tebal dan melekat. Ini bukan masalah otot — sebab itu urut kuat tidak membantu dan boleh memburukkan radang. Doktor kami menentukan peringkat dan menolak punca lain (koyak rotator cuff, kalsifikasi, saraf leher) dengan ujian klinikal dan scan ultrasound.
Sahkan frozen shoulder vs koyak tendon/kalsifikasi; tentukan peringkat; semak gula darah.
Kurangkan sakit dan radang kapsul supaya boleh tidur dan mula bergerak. Suntikan berpandukan ultrasound dipertimbangkan jika sakit malam teruk.
Mobilisasi sendi oleh fisioterapis + program regangan harian di rumah (pendulum, wall climb, towel stretch) — diajar dan dipantau.
Latihan rotator cuff dan postur supaya tidak berulang di bahu sebelah lagi.
Kapsul sendi pulih perlahan. Pelan 8 sesi RM720 (seminggu sekali, 2 bulan) + regangan harian di rumah. Peringkat beku dengan sakit malam teruk: mula dengan penilaian doktor RM150 untuk pertimbangkan suntikan. Senarai penuh di harga & pakej.
Dr Qim menunjukkan ujian klinikal bahu seperti empty can test dan ujian otot bicep pada pesakit sebenar di Jom Physio, Pasir Puteh. Daripada ujian ini, punca sakit bahu dapat dikecilkan sama ada otot, kapsul bahu, tendon atau saraf.
Tanya tentang rawatan iniTukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, membuat scan ultrasound, dan memberi suntikan berpandukan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.
Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.
Kebanyakan kes pulih dalam 1–3 tahun tanpa rawatan — tetapi itu lama, dan sesetengah orang kekal kaku. Rawatan mengikut peringkat memendekkan tempoh dan mengurangkan sakit malam.
Tidak digalakkan pada peringkat beku — radang kapsul bertambah. Regangan lembut yang betul pada peringkat kaku ya, urut kuat tidak.
Pada peringkat beku dengan sakit malam yang teruk, suntikan ke dalam kapsul (berpandukan ultrasound) boleh mengurangkan sakit dengan cepat supaya fisioterapi boleh bermula. Doktor kami nilai setiap kes; bukan semua perlu.
8–12 sesi dalam 2–3 bulan untuk kebanyakan pesakit, dengan regangan harian di rumah. Kemajuan diukur dengan darjah pergerakan setiap sesi.
Ya, tetapi kami pantau gula dan jangkakan pemulihan sedikit lebih perlahan. Suntikan steroid dipertimbangkan dengan lebih berhati-hati.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.