- Utama
- Fisioterapi Kelantan
- Fisioterapi Kota Bharu
Fisioterapi Kota Bharu
Physio Kota Bharu: Jom Physio di Klinik Etika.
Tak perlu lagi ke Pasir Puteh. Jom Physio kini ada sesi fisioterapi di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda — untuk sakit pinggang, sciatica, frozen shoulder dan sakit lutut.
Fisioterapi dekat Kota Bharu
Pesakit dari Kota Bharu selama ini memandu ±45 km ke klinik kami di Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Kini fisioterapis Jom Physio juga merawat di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda — lokasi kedua kami, dekat dengan bandar.
Sesi di Kota Bharu adalah ikut temujanji. WhatsApp kami dahulu: beritahu sakit di bahagian mana dan dah berapa lama, dan kami beri hari serta slot yang ada di Kota Bharu (atau di Pasir Puteh jika lebih sesuai).
Di Kota Bharu kami fokus kepada tiga masalah yang paling kerap: sakit pinggang, sciatica (sakit menjalar ke kaki) dan frozen shoulder — serta sakit lutut dan pemulihan selepas kecederaan.
Doktor periksa punca sakit bahu (ujian klinikal sebenar)
Dr Qim menunjukkan ujian klinikal bahu seperti empty can test dan ujian otot bicep pada pesakit sebenar di Jom Physio, Pasir Puteh. Daripada ujian ini, punca sakit bahu dapat dikecilkan sama ada otot, kapsul bahu, tendon atau saraf.
Tanya tentang rawatan iniRawatan yang tersedia
- Penilaian punca sakit dan fisioterapi oleh fisioterapis Jom Physio
- Terapi manual, regangan dan senaman pemulihan berperingkat untuk dibuat di rumah
- Nasihat doktor di Klinik Etika dalam bangunan yang sama bila perlu
- Rawatan mesin (laser HILT dan Super Inductive System) hanya di klinik utama Pasir Puteh. Jika fisioterapis nampak anda perlukan mesin, kami aturkan sesi di Pasir Puteh
- Fisioterapi datang ke rumah untuk warga emas yang susah bergerak
Cara ke Jom Physio Kota Bharu
Alamat: Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Cari “Klinik Etika Kota Bharu” di Google Maps atau Waze.
Kawasan sekitar yang kami layan: Kota Bharu bandar, Dusun Muda, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh, Panji, Lundang, Ketereh, Pasir Mas, Tumpat.
Soalan lazim — pesakit dari Kota Bharu
Di mana lokasi Jom Physio di Kota Bharu?
Di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu. Cari “Klinik Etika Kota Bharu” di Google Maps atau Waze.
Bila ada sesi physio di Kota Bharu?
Sesi di Kota Bharu ikut temujanji. WhatsApp 012-656 9143 dan kami beri hari serta slot yang ada. Klinik utama di Pasir Puteh buka setiap hari 9 pagi hingga 10.30 malam.
Ada laser HILT dan SIS di Kota Bharu?
Tidak. Sesi di Kota Bharu ialah penilaian, terapi manual dan senaman. Rawatan mesin (laser HILT dan Super Inductive System) hanya di klinik utama kami di Padang Pak Amat, Pasir Puteh.
Harga physio di Kota Bharu sama ke dengan Pasir Puteh?
Ya, harga sama: RM140–RM170 untuk satu sesi, dan pakej 5 sesi RM550. Lihat semua harga di halaman Harga & Pakej.
Perlu rujukan hospital?
Tidak perlu. Bawa laporan X-ray, MRI atau surat doktor jika ada.
Berapa harga satu sesi fisioterapi?
Harga rawatan di Jom Physio ialah RM100–RM170 bagi setiap sesi, bergantung pada jenis penilaian dan rawatan yang diperlukan. Anggaran penuh diterangkan sebelum rawatan dimulakan.
Apa beza fisioterapi dengan urut?
Fisioterapi bermula dengan penilaian untuk mencari punca sakit — otot, sendi, tendon atau saraf — kemudian rawatan dan senaman dirancang oleh doktor dan fisioterapis bertauliah. Urut boleh melegakan otot buat sementara, tetapi tidak menilai saraf, sendi atau corak pergerakan.
Lokasi kami
Lokasi & waktu operasi
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.
- AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
Daerah Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh, Kelantan.
Buka di Google Maps / Waze → - Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
- WhatsApp & telefon012-656 9143

Dari Kota Bharu? Jom kembali bergerak.
WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.