Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Servis
  3. Physio datang rumah

Physio datang rumah

Fisioterapi di rumah anda.

Untuk mak ayah yang susah bergerak, pesakit strok dan selepas pembedahan — fisioterapis kami datang ke rumah di Pasir Puteh dan sekitar.

4.9 ★ Google36 ulasan pesakit
Doktor + fisioterapisDalam satu pasukan
Buka setiap hari9 pagi – 10.30 malam
Panel PERKESOSemak kelayakan anda

Bila rawatan di rumah lebih sesuai

  • Strok (angin ahmar): latihan bangun dari katil, duduk, berdiri dan berjalan di persekitaran rumah sendiri — tangga, bilik air, kerusi yang pesakit guna setiap hari.
  • Warga emas yang pernah jatuh atau takut jatuh: latihan imbangan dan kekuatan kaki, semak bahaya di rumah (karpet, pencahayaan, pemegang bilik air).
  • Selepas pembedahan lutut, pinggul atau tulang belakang: minggu-minggu pertama bila nak masuk kereta pun sakit.
  • Pesakit terlantar: senaman pasif, pencegahan kekejangan sendi dan luka tekanan, latihan pernafasan.

Kawasan yang kami datang

Tanpa caj perjalanan (≤ 20 km): Padang Pak Amat, pekan Pasir Puteh, Tok Bali, Selising, Semerak, Cherang Ruku, Bukit Abal, Gong Datok, Jeram, Kampung Gaal.

Dengan caj perjalanan kecil: Bachok, Machang, Jertih & Besut, Ketereh, Melor. Kawasan lain — tanya dahulu.

Cara tempah

  1. WhatsApp: nama pesakit, umur, masalah (contoh: strok 2 bulan, boleh duduk tapi tak boleh berdiri), dan kawasan rumah.
  2. Fisioterapis hubungi untuk tanya lebih lanjut dan tetapkan masa (pagi, petang atau malam hingga 9.30).
  3. Lawatan pertama: penilaian penuh + rawatan + pelan untuk keluarga.
Perlu ke hospital, bukan physio: strok baru (muka senget, tangan lemah tiba-tiba, cakap pelat) — telefon 999 segera. Fisioterapi bermula selepas pesakit stabil dan dibenarkan keluar hospital.

Gabung dengan rawatan di klinik

Bila pesakit dah boleh naik kereta, kami cadangkan datang ke klinik untuk rawatan Super Inductive System yang membantu menguatkan otot lemah selepas strok. Ramai pesakit mula dengan 4–6 lawatan rumah, kemudian sambung di klinik dengan pakej 8 sesi.

Soalan lazim — physio di rumah

Berapa harga physio datang rumah?

RM150 selawatan (45–60 minit) dalam lingkungan 20 km dari Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Kawasan lebih jauh (Bachok, Machang, Jertih) ada caj perjalanan kecil — kami beritahu harga penuh di WhatsApp sebelum setuju.

Siapa yang sesuai untuk rawatan di rumah?

Pesakit strok, warga emas yang susah bergerak atau berisiko jatuh, pesakit selepas pembedahan (lutut, pinggul, tulang belakang), pesakit terlantar dan yang tiada kenderaan. Jika pesakit masih boleh datang ke klinik, rawatan di klinik lebih lengkap sebab ada mesin SIS dan laser.

Apa yang fisioterapis bawa?

Alat senaman mudah alih, TENS, dan pelan senaman bergambar untuk ahli keluarga. Kami juga ajar penjaga cara bantu pesakit bergerak, duduk dan berjalan dengan selamat.

Berapa kerap perlu datang?

Untuk strok dan selepas pembedahan: 2 kali seminggu selama 4–6 minggu, kemudian dikurangkan. Kami nilai semula setiap 4 lawatan.

Boleh guna PERKESO untuk rawatan di rumah?

Hanya jika Pegawai Kes PERKESO merujuk dan meluluskan rawatan di rumah. Minta Pegawai Kes anda hubungi Jom Physio.

Lokasi kami

Lokasi & waktu operasi

Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Papan tanda Pusat Fisioterapi Jom Physio, Padang Pak Amat
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Mak ayah susah nak datang? Kami yang datang.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami