Ujian saraf oleh doktor
Tentukan paras saraf yang terlibat dan sama ada punca cakera atau piriformis. Scan ultrasound untuk piriformis/bursa bila perlu.
Sciatica · Kelantan
Bukan angin, bukan urat tersimpul. Sciatica ialah saraf sciatic yang terhimpit — biasanya oleh cakera (slip disc) atau otot piriformis. Urut tidak melepaskannya; penilaian saraf dan rawatan yang betul boleh.
Laluan saraf sciatic
Saraf terganggu — bukan otot
Tekanan cakera meningkat
Tanda bahaya — hospital segera
Sakit menjalar dari pinggang ke kaki, kebas dan sakit bila duduk lama boleh jadi sciatica atau piriformis syndrome. Super Inductive System di Jom Physio membantu mengurangkan sakit dan kebas, melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.
Tanya tentang rawatan iniDua punca paling kerap di klinik kami: cakera yang menonjol dan menekan akar saraf di tulang belakang, dan otot piriformis di pinggul yang menjepit saraf. Simptomnya serupa, rawatannya berbeza — sebab itu doktor kami buat ujian saraf (straight leg raise, refleks, kekuatan) pada sesi pertama sebelum apa-apa mesin disentuh.
Tentukan paras saraf yang terlibat dan sama ada punca cakera atau piriformis. Scan ultrasound untuk piriformis/bursa bila perlu.
Rangsangan elektromagnet pada akar saraf dan otot pinggul — pesakit rasa getaran sampai ke kaki. Tanpa suntikan. Ini rawatan yang paling kerap membantu pesakit sciatica kami.
Mengurangkan radang di sekitar saraf; senaman ‘sciatic nerve glide’ dan piriformis stretch untuk di rumah.
Jika kelemahan kaki progresif atau tiada kemajuan 4–6 minggu, doktor kami rujuk ke pakar — kami beritahu jujur.
Sciatica memerlukan masa untuk saraf tenang: pelan 5 sesi RM550 (2 kali seminggu pada awalnya), nilai semula pada sesi ke-3. Kes kronik atau selepas MRI tunjuk cakera besar: pelan 8 sesi RM720. Senarai penuh di harga & pakej.
Sakit pinggul yang menjalar ke kaki atau bila duduk lama mungkin tanda piriformis syndrome. Fisioterapis Jom Physio mengajar tiga senaman: seated piriformis stretch, bridging dan sciatic nerve glide.
Tanya tentang rawatan iniTukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, membuat scan ultrasound, dan memberi suntikan berpandukan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.
Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.
Hasil pesakit

Angkat kaki 70° sahajaRingan untuk melangkah
Perkongsian pengalaman individu. Hasil rawatan setiap pesakit boleh berbeza.
Kebanyakan kes bertambah baik dengan rawatan konservatif dalam 6–12 minggu — terutama jika tiada kelemahan kaki. Pembedahan dipertimbangkan hanya untuk kes dengan kelemahan progresif atau tiada respons. Baca: slip disc tanpa pembedahan.
Urut kuat di pinggang semasa saraf meradang boleh menambah sakit. Urut lembut pada otot pinggul mungkin melegakan sementara, tetapi tidak melepaskan saraf yang terhimpit oleh cakera.
Kedua-duanya sakit menjalar ke kaki. Piriformis: sakit bermula di pinggul, lebih teruk bila duduk atas dompet/kerusi keras, ujian saraf tulang belakang normal. Cakera: sakit bertambah bila batuk/bongkok, mungkin kebas mengikut paras saraf. Baca: piriformis vs sciatica.
Nerve glide, lutut-ke-dada dan berjalan pendek. Elakkan bongkok angkat berat dan duduk lama. Senaman khusus diajar pada sesi pertama dan dihantar sebagai video.
Ramai rasa kurang sakit dalam 2–3 sesi; kebas biasanya ambil masa lebih lama (minggu). Kami ukur kemajuan dengan ujian angkat kaki setiap sesi.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.