Penilaian doktor dan semakan arahan ortopedik
Semak X-ray dan surat doktor, ukur pergerakan sendi dan kekuatan, dan tentukan had yang selamat sebelum latihan bermula.
Patah tulang · Kelantan
Selepas berminggu-minggu dalam simen (POP), tangan atau kaki biasanya kaku, lemah dan kadang-kadang bengkak. Tulang mungkin sudah bercantum, tetapi sendi, otot dan cara berjalan perlu dilatih semula. Kami merawat pesakit selepas patah dan retak tulang, selepas pembedahan pasang besi atau plate, dan warga emas selepas patah pinggul — dari Pasir Puteh, Machang hingga Kuala Krai.
Biasa selepas lama tidak bergerak. Mobilisasi dan regangan berperingkat membantu.
Otot susut kerana lama tidak digunakan — perlu latihan kekuatan berperingkat.
Biasa pada minggu-minggu awal selepas buka simen; senaman pam buku lali dan meninggikan kaki membantu.
Perlu latihan berjalan, kekuatan dan keseimbangan untuk mengelak jatuh lagi.
Bukan kes physio — ke hospital segera (mungkin darah beku atau jangkitan).
Dr Qim menerangkan masalah selepas pembedahan ACL — sukar berjalan, sukar meluruskan kaki dan otot lemah — serta pelan pemulihan di Jom Physio: fisioterapi manual, Super Inductive System dan latihan semula berjalan.
Tanya tentang rawatan iniDoktor ortopedik merawat tulang — menyusun, memasang simen atau besi, dan memantau X-ray. Tetapi selepas berminggu-minggu tidak bergerak, sendi menjadi kaku, otot susut dan keseimbangan terganggu. Itu kerja fisioterapi. Kami bermula dengan arahan doktor ortopedik anda — jenis patah, tarikh pembedahan, dan berapa banyak berat yang boleh ditanggung oleh kaki — dan tidak melebihi had itu. Rawatan mesin juga dipilih dengan berhati-hati: SIS dan rawatan mesin lain tidak digunakan di atas kawasan yang ada besi, plate atau skru.
Semak X-ray dan surat doktor, ukur pergerakan sendi dan kekuatan, dan tentukan had yang selamat sebelum latihan bermula.
Gerakkan semula pergelangan, siku, lutut atau buku lali yang kaku secara berperingkat oleh fisioterapis.
Bina semula otot yang susut, latihan menanggung berat ikut arahan doktor, cara guna tongkat atau walker yang betul, dan latihan keseimbangan untuk elak jatuh.
Untuk sakit dan bengkak selepas simen dibuka — hanya selepas doktor kami sahkan selamat, dan tidak di atas kawasan implan logam.
Selepas buka simen tangan atau kaki: pelan 5 sesi RM550 dalam 3–5 minggu, dengan senaman harian di rumah. Selepas pembedahan besar atau patah pinggul: pelan 8 sesi RM720. Warga emas yang sukar keluar rumah: physio datang rumah RM150 sesi. Senarai penuh di harga & pakej.
Fisioterapis Jom Physio menunjukkan tiga senaman untuk sakit lutut dan osteoarthritis: quad set, straight leg raise dan sit to stand, untuk menguatkan otot peha supaya lutut lebih stabil.
Tanya tentang rawatan iniTukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, dan membuat scan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.
Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.
Bergantung pada tulang, umur dan jenis patah. Patah tangan atau pergelangan tangan biasanya mengambil kira-kira 6–12 minggu, dan lebih lama jika kecederaan teruk. Tulang besar seperti peha dan kaki mengambil masa lebih lama. Selepas tulang bercantum, kekakuan dan kelemahan boleh berlarutan beberapa bulan — di situ fisioterapi membantu.
Selalunya sebaik simen dibuka, atau tidak lama selepas pembedahan bagi patah pinggul — mengikut arahan doktor ortopedik. Semasa masih bersimen pun, sendi lain yang tidak bersimen (jari, bahu, lutut) patut terus digerakkan. Bawa surat atau nota doktor ortopedik dan X-ray terakhir semasa datang.
Bengkak ringan biasa pada minggu-minggu awal kerana otot belum aktif sepenuhnya. Tinggikan kaki, buat senaman pam buku lali dan berjalan secara berperingkat. Tetapi betis yang sakit, merah, panas dan bengkak sebelah, atau sesak nafas, perlu ke hospital segera.
Boleh, dan sangat digalakkan, mengikut had menanggung berat yang ditetapkan doktor ortopedik. Kami tidak menggunakan SIS atau mesin lain di atas kawasan yang ada besi atau plate; rawatan utama ialah terapi manual dan senaman.
Ramai boleh berjalan semula, kadang-kadang dengan tongkat atau walker, tetapi pemulihan mengambil masa beberapa minggu hingga bulan dan tidak semua kembali seperti sebelum jatuh. Latihan berjalan, kekuatan dan keseimbangan yang konsisten ialah kuncinya. Jika sukar dibawa ke klinik, pilih physio datang rumah. Baca juga: cegah jatuh warga emas.
Tidak semua. Retak kecil yang dirawat dengan rehat atau simen singkat sering pulih tanpa physio. Physio berguna jika selepas itu sendi masih kaku, otot lemah, atau anda perlu kembali ke kerja berat atau sukan.
Bergantung pada polisi dan keadaan kemalangan. Jom Physio bukan panel cashless; anda bayar dahulu dan kami sediakan resit rasmi, bil terperinci dan laporan doktor untuk tuntutan. Lihat bayar dan claim insurans dan fisioterapi selepas kemalangan.
Urut lembut pada otot di sekitarnya mungkin selesa, tetapi tekanan kuat atau tarikan pada tulang yang baru bercantum tidak digalakkan. Pergerakan sendi dan kekuatan otot perlu dipulihkan secara berperingkat dan terukur.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.