Penilaian doktor dan scan ultrasound
Ujian ligamen lutut dan buku lali, scan ultrasound untuk tendon dan otot. Jika disyaki koyak ACL penuh atau patah, kami rujuk untuk MRI, X-ray atau pakar ortopedik.
Rehab sukan · Kelantan
Lutut terpulas masa futsal, buku lali terseliuh di padang, hamstring tertarik masa pecut, atau siku sakit lepas main badminton. Rehat sahaja tidak cukup — otot dan ligamen perlu dilatih semula supaya tidak cedera lagi. Kami merawat pemain dari Pasir Puteh, Kota Bharu hingga Besut, termasuk pemulihan selepas pembedahan ACL.
Kemungkinan koyak ACL — perlu penilaian doktor dan mungkin MRI.
Kecederaan ligamen buku lali — paling biasa dalam futsal dan bola. Baca buku lali terseliuh.
Ketegangan atau koyakan otot hamstring — mudah berulang jika kembali bermain terlalu awal.
Tennis elbow atau masalah tendon bahu akibat penggunaan berlebihan.
Bukan kes physio dahulu — ke hospital untuk X-ray (mungkin patah atau terkehel).
Dr Qim menerangkan masalah selepas pembedahan ACL — sukar berjalan, sukar meluruskan kaki dan otot lemah — serta pelan pemulihan di Jom Physio: fisioterapi manual, Super Inductive System dan latihan semula berjalan.
Tanya tentang rawatan iniKesilapan paling biasa: kembali bermain sebaik sakit hilang. Ligamen dan otot yang cedera mengambil masa lebih lama untuk kuat semula berbanding sakitnya reda, dan cedera berulang lebih sukar dirawat. Rehab sukan di Jom Physio ada tiga fasa: kurangkan sakit dan bengkak, pulihkan pergerakan dan kekuatan, kemudian latihan khusus sukan — lompat, pecut dan tukar arah — sebelum diuji untuk kembali bermain. Keputusan kembali bersukan dibuat berdasarkan ujian kekuatan dan fungsi, bukan tarikh sahaja. Baca juga kecederaan sukan.
Ujian ligamen lutut dan buku lali, scan ultrasound untuk tendon dan otot. Jika disyaki koyak ACL penuh atau patah, kami rujuk untuk MRI, X-ray atau pakar ortopedik.
Laser untuk sakit dan bengkak pada fasa awal; shockwave untuk masalah tendon yang berlarutan seperti tennis elbow dan tendon lutut. Hanya di Pasir Puteh.
Program kekuatan otot peha, hamstring dan betis, serta latihan keseimbangan buku lali — diajar dan dihantar sebagai video.
Lompat, larian, pecut dan tukar arah secara berperingkat, termasuk pemulihan selepas pembedahan ACL, sehingga lulus ujian fungsi.
Terseliuh atau ketegangan otot yang baru: 3 sesi RM340 dengan program senaman di rumah. Masalah tendon yang berlarutan (tennis elbow, tendon lutut): pelan 5 sesi RM550. Selepas pembedahan ACL: pelan 8 sesi RM720 sebagai permulaan, kemudian dinilai semula — pemulihan ACL mengambil masa berbulan-bulan. Senarai penuh di harga & pakej.
Sakit lutut ketika berjalan jauh, naik tangga atau solat boleh disebabkan osteoarthritis, radang tendon atau otot peha yang lemah. Jom Physio menggunakan Super Inductive System untuk menguatkan otot peha dan High Intensity Laser untuk mengurangkan radang.
Tanya tentang rawatan iniTukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, dan membuat scan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.
Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.
ACL yang koyak penuh tidak bercantum semula dengan sendirinya, tetapi tidak semua orang perlu pembedahan. Sesetengah orang yang tidak bermain sukan yang banyak tukar arah boleh berfungsi dengan baik melalui fisioterapi untuk menguatkan otot sekitar lutut. Pemain futsal atau bola yang mahu kembali ke tahap sama biasanya dirujuk kepada pakar ortopedik untuk pertimbangan pembedahan. Kami nilai dan beritahu dengan jujur.
Biasanya tidak lebih awal daripada 9 bulan. Satu kajian pada atlet sukan pivot mendapati risiko cedera semula lutut berkurang kira-kira 51% bagi setiap bulan kembali bermain ditangguhkan, sehingga 9 bulan, dan lebih rendah bagi yang lulus ujian fungsi lutut. Jadi kami gunakan tempoh masa dan ujian kekuatan bersama-sama.
Kebanyakan terseliuh bertambah baik dalam kira-kira 2 minggu, tetapi elakkan larian dan sukan berat sehingga 8 minggu, dan kecederaan teruk boleh mengambil masa berbulan. Dalam 2–3 hari pertama: lindungi, rehat, ais yang dibalut kain (sehingga 20 minit setiap 2–3 jam), balutan dan tinggikan kaki. Elakkan urut pada hari-hari awal.
Ke hospital jika anda dengar bunyi ‘krak’ semasa cedera, kaki nampak bengkok, kebas, kulit sejuk atau kebiruan, atau tidak boleh menanggung berat dan berjalan lebih daripada beberapa langkah. Jika tidak, penilaian di klinik biasanya mencukupi.
Bergantung pada tahap koyakan. Ketegangan ringan boleh kembali dalam beberapa minggu; koyakan yang lebih teruk mengambil masa lebih lama. Kembali hanya selepas boleh berlari laju dan menendang tanpa sakit, dan kekuatan hamstring hampir sama dengan kaki sebelah. Kembali terlalu awal meningkatkan risiko cedera berulang.
Ramai pulih dengan rehat dan mengubah aktiviti dalam beberapa minggu. Jika sakit berterusan lebih 6 minggu walaupun sudah berehat dan buat senaman sendiri, fisioterapi (regangan dan kekuatan lengan bawah) disyorkan. Untuk kes yang berlarutan, kami juga menggunakan shockwave dan laser. Baca: rawatan shockwave.
Tidak selalunya. Selepas 2–3 hari pertama, pergerakan dan latihan yang terkawal biasanya lebih membantu pemulihan daripada rehat yang lama. Kami ajar apa yang selamat dibuat — contohnya basikal statik atau latihan bahagian badan lain — supaya anda kekal cergas sambil pulih.
Jom Physio di Padang Pak Amat, Pasir Puteh buka setiap hari hingga 10.30 malam, jadi sesi boleh dibuat selepas kerja atau latihan. Dari Kota Bharu: penilaian dan senaman ikut temujanji di Klinik Etika, Jalan Dusun Muda; laser dan shockwave hanya di Pasir Puteh. Lihat Kota Bharu.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.