Penilaian doktor dan fisioterapis
Nilai kecederaan, tahap sakit, kekuatan dan keupayaan kerja. Pelan rawatan dan anggaran bilangan sesi disediakan mengikut keperluan PERKESO.
Kecederaan kerja · Kelantan
Sakit pinggang kerana angkat barang di kilang atau kedai, pergelangan tangan sakit kerana kerja berulang, atau jatuh motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja. Bagi pencarum PERKESO, kecederaan ini dilindungi Skim Bencana Pekerjaan — dan fisioterapi termasuk dalam faedah pemulihan. Jom Physio ialah panel PERKESO di Pasir Puteh, menerima pekerja dari Bachok, Machang hingga Tanah Merah.
Ketegangan otot atau masalah cakera — lebih kerap pada kerja berat dan postur bongkok berulang.
Kecederaan berulang (RSI): radang tendon, carpal tunnel, tennis elbow atau masalah tendon bahu.
Terseliuh, koyak ligamen atau patah — dirawat di hospital atau klinik dahulu, kemudian pemulihan.
Termasuk dalam Skim Bencana Pekerjaan PERKESO jika mengikut laluan antara tempat tinggal dan tempat kerja.
Bukan kes physio — ke hospital atau unit kecemasan segera.
Sakit belakang bila duduk, berjalan atau tidur? Dr Qim menerangkan rawatan komprehensif 3 dalam 1 di Jom Physio: fisioterapi manual, Super Inductive System dan High Intensity Laser.
Tanya tentang rawatan iniDi bawah Skim Bencana Pekerjaan, PERKESO melindungi pencarum yang cedera semasa bekerja, dalam perjalanan antara tempat tinggal dan tempat kerja, atau mendapat penyakit khidmat. Faedahnya termasuk rawatan perubatan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani, termasuk fisioterapi. Majikan perlu melaporkan kemalangan kepada PERKESO menggunakan Borang 34. Untuk fisioterapi di panel, kes anda mesti dirujuk oleh Pegawai Pengurus Kes PERKESO — pesakit tidak boleh mendaftar sendiri. Jika anda pencarum, minta Pegawai Kes anda merujuk ke Jom Physio, Pasir Puteh. Bagi kes yang memerlukan pemulihan lebih panjang, PERKESO ada Program Pengurusan Hilang Upaya (Return to Work) untuk membantu pekerja kembali bekerja.
Nilai kecederaan, tahap sakit, kekuatan dan keupayaan kerja. Pelan rawatan dan anggaran bilangan sesi disediakan mengikut keperluan PERKESO.
Untuk sakit belakang, saraf dan tendon. Bagi kes PERKESO yang diluluskan, dibuat dalam sesi yang sama dengan fisioterapi. Hanya di Pasir Puteh.
Mobilisasi, regangan dan latihan kekuatan otot teras, bahu atau tangan — termasuk teknik angkat dan bongkok yang selamat.
Latihan khusus mengikut tugas kerja anda (angkat, bongkok, berdiri lama, kerja tangan) dan laporan kemajuan untuk Pegawai Kes PERKESO.
Kes PERKESO: bilangan sesi ikut pelan yang diluluskan, biasanya 2–3 kali seminggu dan dinilai semula setiap 2 minggu. Bukan kes PERKESO atau belum ada rujukan: mula dengan penilaian RM150, kemudian pelan 5 sesi RM550 untuk sakit pinggang atau RSI yang berlarutan. Senarai penuh di harga & pakej.
Kerja banyak menulis dan menaip boleh menyebabkan sakit pergelangan tangan akibat carpal tunnel syndrome. Jom Physio menggunakan High Intensity Laser untuk mengurangkan sakit dan radang serta mempercepatkan pemulihan.
Tanya tentang rawatan iniTukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, dan membuat scan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.
Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.
Ya, bagi pencarum PERKESO. Skim Bencana Pekerjaan melindungi kemalangan semasa bekerja, kemalangan dalam perjalanan antara tempat tinggal dan tempat kerja, serta penyakit khidmat. Majikan perlu melaporkan kemalangan kepada PERKESO menggunakan Borang 34, bersama dokumen seperti sijil cuti sakit dan laporan polis (bagi kemalangan jalan raya). Kelayakan ditentukan oleh PERKESO.
Kemalangan dalam perjalanan antara tempat tinggal dan tempat kerja dilindungi, dengan syarat mengikut laluan perjalanan tersebut. Buat laporan polis dan nyatakan laluan anda ke atau dari tempat kerja. Keputusan akhir dibuat oleh PERKESO.
Tidak — rawatan panel PERKESO bermula dengan rujukan Pegawai Pengurus Kes PERKESO. Jika belum ada Pegawai Kes, pastikan majikan sudah melaporkan kemalangan ke pejabat PERKESO. Sementara menunggu, anda boleh mula dengan penilaian biasa (RM150) jika mahu. Lihat panel PERKESO.
Program Pengurusan Hilang Upaya PERKESO membantu pencarum yang hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit untuk pulih dan kembali bekerja, melalui pemulihan dan pemantauan kes yang sistematik. Kelayakan bergantung pada kelulusan tuntutan dan pengesyoran doktor yang merawat. Maklumat rasmi di laman PERKESO atau talian 1-300-22-8000.
Ramai boleh terus bekerja dengan tugas yang diubah sementara, sambil menjalani rawatan dan senaman. Kami ajar cara angkat dan bongkok yang selamat, dan latihan kekuatan otot teras supaya sakit tidak berulang. Baca: sakit pinggang.
Repetitive strain injury ialah sakit, kebas atau lemah pada otot, tendon dan saraf akibat pergerakan sama yang diulang-ulang — contohnya menaip, memotong, memasang atau mengangkat atas kepala. Ia biasa di pergelangan tangan, siku, bahu dan leher. Rehat, mengubah cara kerja dan fisioterapi membantu; lebih awal dirawat, lebih mudah.
Boleh, sebagai pesakit biasa: penilaian doktor dan rawatan pertama RM150. Pekerja sendiri yang mencarum PERKESO boleh menyemak kelayakan dengan pejabat PERKESO. Jika anda ada polisi insurans atau takaful, kami sediakan resit dan laporan untuk tuntutan — lihat bayar dan claim insurans.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.