Carpal tunnel syndrome berlaku apabila saraf median menerima tekanan di pergelangan tangan. Simptom sering melibatkan ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian jari manis.
Untuk dibincangkan semasa pemeriksaan
Kemungkinan diagnosis
Antara keadaan yang boleh dipertimbangkan berdasarkan simptom ialah:
- Carpal tunnel syndrome
- Radikulopati servikal
- Cubital tunnel syndrome
- Neuropati periferi
Punca yang biasa
- Kebas atau rasa mencucuk pada jari tertentu.
- Simptom lebih kuat pada waktu malam atau ketika memegang telefon.
- Genggaman terasa lemah dan barang mudah terlepas.
- Keadaan kesihatan atau perubahan semasa kehamilan boleh mempengaruhi simptom.
Apa yang boleh anda lakukan dahulu?
- Elakkan pergelangan membengkok lama ketika tidur.
- Ambil rehat pendek daripada aktiviti tangan berulang.
- Susun kedudukan papan kekunci dan tetikus dengan lebih selesa.
- Jangan tunggu terlalu lama jika kelemahan semakin ketara.
Bila perlu mendapatkan rawatan segera?
Dapatkan pemeriksaan segera jika kebas berlaku selepas kecederaan, tangan menjadi pucat atau sejuk, atau kelemahan meningkat dengan cepat.
Bagaimana fisioterapi boleh membantu?
Fisioterapis boleh menilai saraf, pergelangan, leher dan tugas harian. Rawatan mungkin melibatkan pendidikan posisi, latihan dan panduan penggunaan splint apabila sesuai.
Di Jom Physio, penilaian dibuat berdasarkan simptom, pergerakan dan aktiviti yang penting kepada anda. Rawatan sebenar bergantung pada dapatan pemeriksaan.
Siapa yang paling kerap mendapat carpal tunnel di klinik kami
Carpal tunnel syndrome (CTS) bukan masalah pekerja pejabat sahaja. Di Pasir Puteh dan sekitar, pesakit CTS yang kami rawat paling kerap ialah suri rumah yang banyak memerah kain dan memasak, peniaga kuih dan nasi yang menguli serta membungkus berjam-jam, penoreh getah dan pekerja ladang yang menggenggam alat sepanjang pagi, penunggang motosikal jarak jauh, serta wanita hamil pada trimester ketiga (kebas biasanya hilang selepas bersalin). Wanita berumur 40–60 tahun adalah kumpulan terbesar.
Semasa penilaian, kami bahagikan CTS kepada tiga tahap kerana rawatan dan jangkaannya berbeza:
- Ringan — kebas waktu malam atau selepas menggenggam lama sahaja, hilang bila tangan digoncang, tiada kelemahan. Bertindak balas baik kepada rawatan konservatif.
- Sederhana — kebas berlaku siang dan malam, rasa mencucuk, genggaman mula lemah, barang terlepas. Masih boleh dirawat tanpa pembedahan tetapi perlukan lebih sesi dan disiplin posisi.
- Teruk — kebas berterusan, otot pangkal ibu jari mengecil (terlihat lekuk di tapak tangan), tidak dapat rasa objek halus. Pada tahap ini kami rujuk untuk ujian konduksi saraf dan pendapat pakar, kerana pembedahan mungkin perlu untuk menyelamatkan saraf.
Kami juga semak leher dan siku pada setiap pesakit, kerana saraf boleh tertekan di dua tempat serentak (double crush) — merawat pergelangan sahaja tidak cukup dalam kes begitu. Jika kebas melibatkan jari kelingking, puncanya bukan carpal tunnel; baca tangan kebas waktu malam untuk perbezaannya.
Apa yang boleh dibuat di rumah
- Splint pergelangan pada waktu malam selama 4–6 minggu — langkah tunggal yang paling banyak membantu CTS ringan. Pergelangan dikekalkan lurus supaya terowong carpal tidak sempit semasa tidur.
- Rehat mikro — setiap 20–30 minit kerja tangan, berhenti 1 minit, buka dan tutup tangan 10 kali, goncang tangan.
- Regangan pergelangan — tangan lurus ke hadapan, tapak tangan ke atas, tarik jari ke belakang dengan tangan sebelah 15 saat; kemudian tapak tangan ke bawah dan tarik jari ke arah badan 15 saat. 3 ulangan, 3 kali sehari.
- Ubah pegangan — pisau dan alat dengan pemegang lebih besar (balut dengan getah atau tuala), kurangkan menggenggam telefon lama, guna kedua-dua tangan untuk memerah kain.
- Kawal gula dan berat badan jika berkaitan — kedua-duanya menambah bengkak dalam terowong carpal.
Bila perlu jumpa fisioterapis?
Jika kebas tidak berkurang selepas 3–4 minggu memakai splint dan mengubah aktiviti, jika kebas mula berlaku pada siang hari, atau jika genggaman mula lemah — datang untuk penilaian. Lebih awal dirawat, lebih kecil kemungkinan memerlukan pembedahan.
Tanda bahaya: otot pangkal ibu jari jelas mengecil, kebas berterusan 24 jam tanpa henti, tidak dapat membezakan panas dan sejuk pada hujung jari, atau kebas yang bermula selepas kecederaan pergelangan — ini perlu penilaian doktor segera, kerana saraf yang rosak lama mungkin tidak pulih sepenuhnya.
Rawatan di Jom Physio
Carpal tunnel ialah antara masalah yang paling kerap kami rawat dengan laser HILT — laser intensiti tinggi dihalakan ke terowong carpal untuk mengurangkan radang di sekeliling saraf median. Ia digabung dengan Super Inductive System (SIS) untuk merangsang saraf dan mengurangkan kebas, teknik pergerakan saraf dan tendon, mobilisasi tulang pergelangan, serta panduan splint dan posisi kerja. Scan ultrasound dibuat untuk menyemak saiz saraf jika perlu.
CTS ringan hingga sederhana biasanya perlukan 3–5 sesi; pakej laser 3 sesi ialah pilihan paling kerap. Lihat harga dan pakej. Untuk pencarum PERKESO yang kebas tangan kerana kerja, semak kelayakan rawatan di halaman panel PERKESO.
Langkah seterusnya
Untuk penilaian dan rawatan, lihat rawatan kebas dan saraf terhimpit di Kelantan dan panduan kebas dan saraf sensitif. Baca juga Jari Kebas Bila Bangun Tidur atau Pegang Telefon: Jari Mana? dan Kaki Kebas Bila Duduk Bersila atau Tahiyat: Normal ke, dan Bila Perlu Risau?. Lokasi: rawatan kebas dan saraf di Kota Bharu, fisioterapi Pasir Puteh (pusat utama, ada SIS dan laser).