Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Panel PERKESO

Panel PERKESO

Panel PERKESO Fisioterapi di Kelantan

Pencarum PERKESO dengan kes kemalangan kerja atau program Return to Work boleh mendapat fisioterapi, Super Inductive System dan laser di Jom Physio, Pasir Puteh — kos rawatan dituntut terus daripada PERKESO bagi kes yang diluluskan.

Rawatan PERKESO yang ada di Jom Physio

Jom Physio ialah panel PERKESO untuk pemulihan fisioterapi di Kelantan. Tiga jenis rawatan boleh dituntut melalui PERKESO, mengikut pelan yang diluluskan Pegawai Kes anda:

RawatanApa yang dibuatSesuai untuk
Fisioterapi PERKESOTerapi manual, senaman pemulihan dan latihan fungsi oleh fisioterapis bertauliah.Sakit pinggang, bahu, lutut dan buku lali selepas kemalangan kerja; selepas patah tulang atau pembedahan.
PERKESO Robotic: Super Inductive System (SIS)Medan elektromagnet berintensiti tinggi untuk saraf dan otot — baca tentang SIS.Saraf terhimpit, kebas, otot lemah atau kekejangan, sakit kronik selepas kecederaan.
PERKESO Robotic: Laser HILTLaser intensiti tinggi untuk radang tendon dan sendi — baca tentang HILT.Tendon, sendi, parut selepas pembedahan, bengkak dan radang yang lambat surut.

Rawatan robotik (SIS dan laser) dibuat dalam sesi yang sama bersama fisioterapi. Kami hantar laporan kemajuan kepada PERKESO mengikut jadual yang ditetapkan.

Siapa yang layak?

  • Kemalangan kerja — kecederaan di tempat kerja atau semasa perjalanan ke dan dari tempat kerja.
  • Penyakit khidmat — masalah otot, sendi atau saraf yang disebabkan oleh kerja.
  • Skim Keilatan / Return to Work — pencarum yang hilang upaya kerana penyakit atau kemalangan di luar kerja dan dirujuk oleh Pegawai Pengurus Kes PERKESO untuk pemulihan.
Penting: rawatan PERKESO bermula dengan rujukan daripada Pegawai Pengurus Kes PERKESO — pesakit tidak boleh mendaftar sendiri. Jika anda pencarum yang sedang dirawat, beritahu Pegawai Kes anda bahawa anda mahu dirujuk ke Jom Physio Pasir Puteh (panel berdaftar, buka hingga 10.30 malam). Kelayakan, jenis rawatan dan bilangan sesi tertakluk kepada kelulusan PERKESO.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Kad pengenalan (MyKad)
  • Surat rujukan atau kelulusan PERKESO daripada Pegawai Pengurus Kes (Case Manager)
  • Nombor kes PERKESO / nombor pencarum
  • Laporan perubatan, sijil cuti sakit dan keputusan X-ray atau MRI (jika ada)
  • Nama dan alamat majikan (untuk kes kemalangan kerja)

Bawa dokumen ini pada sesi pertama selepas rujukan diterima. Jika ada soalan, WhatsApp kami.

Langkah demi langkah

Proses rawatan PERKESO di Jom Physio

Dari kemalangan kerja hingga kembali bekerja — ini urutan yang biasa berlaku untuk pencarum.

Lapor kemalangan

Majikan hantar Borang 34 (Laporan Kemalangan) ke pejabat PERKESO dalam 48 jam. Simpan salinan laporan, sijil cuti sakit dan dokumen hospital.

Rawatan awal & rujukan

Dapatkan rawatan di hospital atau klinik. Doktor atau Pegawai Pengurus Kes (Case Manager) PERKESO akan cadangkan pemulihan fisioterapi di panel berdekatan — minta Jom Physio, Pasir Puteh.

Rujukan daripada PERKESO

Pegawai Pengurus Kes PERKESO yang merujuk pesakit ke panel — pesakit tidak boleh mendaftar sendiri. Jika anda pencarum, minta Pegawai Kes anda merujuk ke Jom Physio, Pasir Puteh. Kami akan hubungi anda sebaik rujukan diterima.

Penilaian pertama

Doktor dan fisioterapis menilai kecederaan, tahap sakit, kekuatan dan pergerakan. Pelan rawatan dan anggaran bilangan sesi dihantar kepada PERKESO untuk kelulusan.

Sesi rawatan

Fisioterapi, SIS dan laser mengikut pelan — biasanya 2–3 kali seminggu, boleh waktu malam. Laporan kemajuan dihantar kepada Pegawai Kes mengikut jadual.

Kembali bekerja

Latihan khusus mengikut tugas kerja anda, kemudian laporan akhir untuk program Return to Work atau penilaian hilang upaya PERKESO.

Soalan lazim panel PERKESO

Siapa yang layak rawatan fisioterapi melalui panel PERKESO?

Pencarum PERKESO yang mengalami kemalangan di tempat kerja atau semasa perjalanan ke dan dari tempat kerja, penyakit khidmat, atau pencarum Skim Keilatan yang dirujuk untuk pemulihan di bawah program Return to Work. Kes mesti disahkan dan diluluskan oleh PERKESO sebelum rawatan dituntut — WhatsApp kami untuk semakan.

Perlu bayar ke? Berapa kos rawatan PERKESO?

Bagi kes yang diluluskan, kos fisioterapi dan rawatan robotik (SIS, laser) dituntut terus daripada PERKESO mengikut kadar panel — anda tidak perlu membayar untuk rawatan dalam kelulusan. Jika ada rawatan tambahan di luar kelulusan, kami maklumkan dan minta persetujuan dahulu; harga biasa ada di halaman harga & pakej.

Dokumen apa yang perlu dibawa?

Kad pengenalan, surat rujukan atau kelulusan PERKESO daripada Pegawai Pengurus Kes, nombor kes atau nombor pencarum, serta laporan perubatan, sijil cuti sakit dan keputusan X-ray/MRI jika ada. Belum lengkap? WhatsApp dahulu — kami beritahu apa yang kurang sebelum anda datang.

Berapa kerap dan berapa lama rawatan PERKESO?

Kebanyakan kes 2–3 kali seminggu, 6–12 sesi bergantung pada kecederaan, dan dinilai semula setiap 2 minggu. Jom Physio buka setiap hari hingga 10.30 malam, jadi sesi boleh dibuat selepas waktu kerja atau hujung minggu.

Boleh dapat SIS dan laser melalui PERKESO?

Ya — dipanggil PERKESO Robotic. Dalam rekod kami, hampir 1 daripada 3 sesi PERKESO di Jom Physio ialah sesi robotik SIS dan laser, dibuat dalam sesi yang sama dengan fisioterapi mengikut pelan yang diluluskan.

Boleh saya datang sendiri guna PERKESO tanpa rujukan?

Tidak — rawatan panel PERKESO hanya bermula selepas Pegawai Pengurus Kes PERKESO merujuk anda ke Jom Physio. Jika anda belum ada Pegawai Kes, majikan perlu melaporkan kemalangan (Borang 34) ke pejabat PERKESO Kelantan dahulu. Sementara menunggu, anda boleh mula dengan penilaian biasa (RM150) jika mahu.

Lokasi kami

Lokasi & waktu operasi

Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Papan tanda Pusat Fisioterapi Jom Physio, Padang Pak Amat
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Pencarum PERKESO? Semak kelayakan anda hari ini.

WhatsApp kami dengan nombor kes dan nama majikan — kami semak dengan PERKESO dan sahkan slot pertama. Tiada borang.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami