- Utama
- Kebas & saraf
- Kota Bharu
Kebas & saraf · Kota Bharu
Rawatan saraf dan kebas untuk pesakit Kota Bharu
Tangan kebas sampai terjaga malam, jari semut-semut bila menaip, atau kaki terasa serbe bila berjalan. Pesakit Kota Bharu boleh mendapatkan penilaian dan fisioterapi saraf di Klinik Etika, Jalan Dusun Muda, ikut temujanji.
Kerja di Kota Bharu banyak melibatkan tangan dan skrin: menaip di pejabat, memegang telefon berjam-jam, dan menunggang motosikal dalam trafik bandar. Kebas di ibu jari hingga jari tengah, terutama waktu malam, sering berkait dengan carpal tunnel di pergelangan tangan, manakala kebas di jari manis dan kelingking lebih berkait dengan saraf di siku. Leher yang tunduk lama ke skrin pula boleh mengganggu saraf leher dan menyebabkan sakit menjalar ke lengan.
Di Klinik Etika Kota Bharu, fisioterapis kami menilai di mana saraf terganggu dan merawat dengan terapi manual, latihan saraf (nerve gliding) dan senaman, ikut temujanji. Jika rawatan laser diperlukan, contohnya untuk carpal tunnel, sesi laser HILT dibuat di klinik utama Padang Pak Amat, Pasir Puteh, lebih kurang 45 km dari bandar (semak Waze).
Jom Physio ialah klinik fisioterapi dengan doktor, bukan klinik pakar neurologi. Jika penilaian menunjukkan tanda yang perlukan siasatan lanjut, seperti otot tangan yang semakin lemah, kami akan rujuk ke hospital atau pakar yang sesuai. Kebas atau lemah sebelah badan yang datang tiba-tiba ialah kecemasan: hubungi 999. Panduan penuh: rawatan kebas dan saraf.
Tangan kebas: carpal tunnel atau trigger finger?
Dr Qim menerangkan punca tangan kebas dan sakit seperti carpal tunnel syndrome (saraf median terhimpit) dan trigger finger, serta bagaimana scan ultrasound membantu mengenal pasti kedudukan saraf yang bengkak.
Tanya tentang rawatan iniRawatan kebas & saraf di Jom Physio
Panduan penuh tentang punca, peringkat dan pelan rawatan ada di halaman Kebas & saraf. Ringkasnya: doktor menilai punca dahulu (termasuk scan ultrasound bila perlu), kemudian fisioterapis merawat dengan terapi manual, senaman dan mesin seperti Super Inductive System dan laser HILT di klinik Pasir Puteh. Harga dan pakej: lihat di sini.
Lokasi: klinik utama di Padang Pak Amat, Pasir Puteh (buka setiap hari 9 pagi–10.30 malam), dan sesi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu. Page kawasan: fisioterapi Kota Bharu.
Soalan lazim: kebas & saraf di Kota Bharu
Rawatan saraf di Kota Bharu: apa yang Jom Physio buat?
Kami mencari di mana saraf terganggu (pergelangan tangan, siku, leher atau pinggang) melalui ujian deria, kekuatan dan ujian khas, kemudian merawat dengan terapi manual, latihan saraf dan senaman. Ini rawatan fisioterapi, bukan rawatan tradisional.
Urut saraf di Kota Bharu sesuai untuk tangan kebas?
Urut lembut pada otot leher dan bahu boleh melegakan rasa tegang. Tetapi saraf yang terhimpit di pergelangan tangan atau leher tidak lepas dengan urut kuat, dan urut di tempat yang salah tidak membantu. Kenal pasti puncanya dahulu.
Perlu jumpa doktor pakar dahulu untuk kebas?
Untuk kebanyakan kes kebas tangan atau kaki, tidak perlu. Kami nilai dahulu dan akan merujuk jika ada tanda seperti otot semakin lemah atau kebas yang merebak dengan cepat. Kebas tiba-tiba sebelah badan pula ialah kecemasan.
Kebas tangan waktu tidur, kenapa?
Kebas di ibu jari hingga jari tengah yang mengejutkan anda dari tidur ialah tanda klasik carpal tunnel syndrome. Pergelangan yang terlipat semasa tidur menambah tekanan pada saraf. Baca tangan kebas waktu malam.
Lokasi kami
Lokasi & waktu operasi
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.
- AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
Daerah Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh, Kelantan.
Buka di Google Maps / Waze → - Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
- WhatsApp & telefon012-656 9143

Kebas & saraf dari Kota Bharu? Semak punca minggu ini.
WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.