Kebas tangan kanan kenapa? Kebas tangan tanda apa?
Paling kerap: carpal tunnel (ibu jari hingga jari tengah, teruk waktu malam), saraf ulnar di siku (jari manis dan kelingking), atau saraf leher terhimpit (kebas bersama sakit leher dan lengan). Kurang biasa: kencing manis, kekurangan vitamin B12 atau masalah tiroid. Jika kebas tangan datang tiba-tiba bersama lemah sebelah badan atau muka senget, itu tanda strok — terus ke hospital. Baca: tangan kebas waktu malam.
Kebas kaki dan tangan tanda apa? Adakah tanda kencing manis?
Kebas kedua-dua tapak kaki yang bermula di hujung jari dan perlahan-lahan naik ialah corak neuropati, dan kencing manis ialah punca paling biasa. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan vitamin B12 atau alkohol. Semak gula darah anda di klinik. Kebas sebelah kaki sahaja bersama sakit pinggang pula lebih kerap disebabkan saraf terhimpit di pinggang. Baca: kebas kaki kencing manis.
Saraf terhimpit boleh sembuh tanpa pembedahan?
Kebanyakan saraf terhimpit di leher dan pinggang bertambah baik dengan rawatan tanpa pembedahan, dalam beberapa minggu hingga beberapa bulan. Pembedahan dipertimbangkan jika kelemahan semakin teruk atau tiada perubahan selepas rawatan yang mencukupi. Carpal tunnel yang teruk dan berlarutan biasanya dirujuk untuk pembedahan kecil — kami beritahu jujur jika kes anda perlu dirujuk.
Saraf terhimpit di leher — apa tandanya?
Sakit dari leher menjalar ke bahu, lengan dan jari, rasa menyucuk atau terbakar, kebas atau semut-semut di jari, dan kadang-kadang tangan lemah. Ia sering bertambah bila dongak atau toleh, dan ada yang rasa lega bila meletakkan tangan di atas kepala. Baca: sakit bahu dan leher.
Kebas sebelah badan tiba-tiba — perlu buat apa?
Ke hospital segera atau hubungi 999. Kebas atau lemah sebelah badan yang datang tiba-tiba, muka senget, cakap pelat, atau tidak boleh angkat kedua-dua tangan ialah tanda strok. Jangan tunggu hingga esok walaupun simptom hilang sendiri. Selepas rawatan hospital, fisioterapi membantu pemulihan — lihat rehabilitasi strok.
Bila kebas perlu ke hospital, bukan ke physio?
Tanda strok; kebas di kawasan kelangkang atau dubur, atau tidak dapat mengawal kencing atau berak bersama sakit belakang; kaki atau tangan yang semakin lemah dengan cepat; kebas selepas kemalangan atau jatuh yang melibatkan leher atau kepala; dan luka di tapak kaki pesakit kencing manis yang tidak sembuh. Semua ini perlu dirawat di hospital dahulu.
Urut saraf atau fisioterapi, mana lebih sesuai?
Urut boleh melegakan otot yang tegang buat sementara. Tetapi jika saraf terhimpit oleh cakera atau sendi, tekanan kuat boleh menambah radang. Fisioterapi bermula dengan ujian saraf oleh doktor untuk tahu punca, kemudian rawatan seperti Super Inductive System dan senaman saraf. Ramai pesakit kami di Pasir Puteh dan Kota Bharu datang selepas urut tidak membantu. Baca: urut saraf atau fisioterapi.
Ada klinik rawatan saraf di Pasir Puteh atau Kota Bharu?
Jom Physio di Padang Pak Amat, Pasir Puteh merawat masalah saraf seperti kebas, saraf terhimpit dan sciatica, buka setiap hari hingga 10.30 malam. Di Kota Bharu, kami ada sesi fisioterapi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda. Kami bukan klinik pakar neurologi; jika ujian menunjukkan perlu, doktor kami rujuk ke pakar.
Boleh urut kalau saraf terhimpit?
Urut lembut boleh melegakan otot yang tegang, tetapi tidak melepaskan saraf yang terhimpit oleh cakera atau terowong di pergelangan tangan. Urut kuat di leher semasa saraf sedang meradang boleh menambah sakit. Baca: urut vs fisioterapi.
Saya dari Kota Bharu atau Machang — boleh rawat di mana?
Penilaian, terapi manual dan senaman boleh dibuat ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda. Rawatan mesin seperti SIS dan laser HILT hanya ada di Pasir Puteh, buka setiap hari 9 pagi hingga 10.30 malam. Lihat Kota Bharu dan Machang.