Penilaian doktor selepas kemalangan
Semak leher, belakang dan sendi, ujian saraf, dan scan ultrasound untuk tendon atau ligamen bila perlu. Jika disyaki patah atau kecederaan kepala, kami rujuk ke hospital.
Selepas kemalangan · Kelantan
Jatuh motosikal di jalan kampung, atau kereta dilanggar dari belakang di simpang — X-ray hospital kata tiada patah, tetapi leher kaku, belakang sakit dan tidur tak lena. Kecederaan tisu lembut seperti whiplash memang biasa selepas kemalangan dan boleh dipulihkan dengan rawatan yang betul. Pesakit kami datang dari Pasir Puteh, Bachok hingga Jertih.
Whiplash: otot dan ligamen leher tersentak. Kebanyakannya bertambah baik dalam 2–3 bulan, lebih cepat jika terus bergerak.
Otot atau sendi tegang, kadang-kadang cakera. Jika sakit menjalar ke kaki, saraf mungkin terlibat.
Terseliuh, koyak ligamen atau tendon — perlu diperiksa. Jika tulang disyaki patah dan X-ray belum dibuat, ke hospital dahulu.
Saraf mungkin terganggu — perlu dinilai doktor dahulu. Lihat kebas dan saraf terhimpit.
Bukan kes physio — ke hospital segera. Mungkin kecederaan kepala atau saraf tunjang.
Dr Qim menunjukkan ujian klinikal bahu seperti empty can test dan ujian otot bicep pada pesakit sebenar di Jom Physio, Pasir Puteh. Daripada ujian ini, punca sakit bahu dapat dikecilkan sama ada otot, kapsul bahu, tendon atau saraf.
Tanya tentang rawatan iniSelepas kemalangan, ramai terus ke tukang urut atau tunggu ‘baik sendiri’. Kebanyakan kecederaan tisu lembut memang beransur pulih, tetapi otot yang terlalu lama dilindungi menjadi kaku dan lemah, dan sakit boleh berlarutan. Urut kuat pada leher atau sendi yang baru cedera juga boleh menambah bengkak. Untuk whiplash, nasihat yang disyorkan ialah terus bergerak secara berperingkat — bukan memakai kolar leher lama-lama. Di Jom Physio, doktor menyemak dahulu tanda bahaya (kepala, saraf, patah yang mungkin terlepas pandang), kemudian fisioterapis memulihkan pergerakan dan kekuatan. Kami juga menyediakan dokumen yang anda perlukan untuk tuntutan insurans.
Semak leher, belakang dan sendi, ujian saraf, dan scan ultrasound untuk tendon atau ligamen bila perlu. Jika disyaki patah atau kecederaan kepala, kami rujuk ke hospital.
Kurangkan sakit dan kekejangan otot leher dan belakang supaya anda boleh mula bergerak semula. Hanya di Pasir Puteh.
Mobilisasi lembut, regangan dan latihan kekuatan leher, bahu dan otot teras — diajar dan dihantar sebagai video untuk dibuat di rumah.
Resit rasmi, bil terperinci dan laporan atau surat doktor tentang kecederaan dan rawatan — untuk anda hantar kepada syarikat insurans, takaful atau peguam.
Kecederaan tisu lembut yang baru: 3 sesi RM340 dalam 2–3 minggu pertama. Sakit yang berlarutan lebih sebulan: pelan 5 sesi RM550. Simpan setiap resit — kami beri resit rasmi dan bil terperinci untuk setiap sesi. Senarai penuh di harga & pakej.
Sakit belakang bila duduk, berjalan atau tidur? Dr Qim menerangkan rawatan komprehensif 3 dalam 1 di Jom Physio: fisioterapi manual, Super Inductive System dan High Intensity Laser.
Tanya tentang rawatan iniTukang urut rawat otot. Fisioterapis rawat pergerakan. Di Jom Physio, doktor menilai dahulu — menolak punca yang bukan kes physio, dan membuat scan ultrasound bila perlu — kemudian fisioterapis yang sama merawat anda setiap sesi. Satu tempat, satu pelan, buka setiap hari hingga 10.30 malam.
Pesakit dari seluruh Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Jertih & Besut.
Pastikan anda selamat dan dapatkan rawatan di hospital atau klinik, terutamanya jika ada sakit kepala, muntah, pening atau sakit yang teruk. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam (Seksyen 52, Akta Pengangkutan Jalan 1987). Simpan laporan perubatan, X-ray, resit dan gambar kecederaan. Fisioterapi dimulakan selepas patah tulang atau kecederaan serius ditolak.
Untuk kecederaan tisu lembut seperti whiplash atau terseliuh, sebaik doktor mengesahkan tiada patah atau kecederaan kepala. Tidak perlu tunggu berbulan — jika sakit tidak berkurang selepas seminggu, dapatkan penilaian. Untuk patah tulang, ikut arahan doktor ortopedik; lihat fisioterapi patah tulang.
Bergantung pada keadaan. Jika pihak lain bersalah, kos rawatan boleh dituntut daripada insurans kenderaan pihak ketiga, biasanya melalui peguam. Jika anda ada polisi kemalangan diri (PA) atau takaful, semak liputan rawatan susulan dalam polisi anda. Jom Physio bukan panel cashless — anda bayar dahulu, kami beri resit rasmi, bil terperinci dan laporan doktor untuk dihantar. Kelulusan bergantung pada syarikat insurans. Baca: bayar dan claim insurans.
Biasanya: laporan polis, laporan perubatan hospital (termasuk keputusan X-ray), salinan MyKad, resit asal dan bil rawatan, serta borang tuntutan syarikat insurans. Untuk fisioterapi, kami sediakan resit rasmi, bil terperinci dan surat atau laporan doktor tentang diagnosis dan bilangan sesi. Syarikat insurans boleh meminta dokumen tambahan.
Kemalangan dalam perjalanan antara tempat tinggal dan tempat kerja termasuk dalam Skim Bencana Pekerjaan PERKESO. Majikan perlu melaporkan kepada PERKESO, dan fisioterapi di panel bermula dengan rujukan Pegawai Pengurus Kes PERKESO. Lihat kecederaan kerja dan panel PERKESO.
Kebanyakan whiplash bertambah baik dalam 2–3 bulan, tetapi ada yang berlarutan lebih lama. Terus bergerak dan buat aktiviti harian membantu pemulihan; kolar leher tidak digalakkan. Dapatkan rawatan jika tiada perubahan selepas seminggu atau ubat tahan sakit tidak membantu.
Ya, simptom whiplash boleh mengambil beberapa jam untuk muncul, dan kekakuan sering paling terasa pada hari berikutnya. Tetapi sakit kepala yang makin teruk, muntah, mengantuk luar biasa, kebas atau lemah tangan dan kaki perlu ke hospital segera.
Boleh. Klinik kami di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, buka setiap hari 9 pagi hingga 10.30 malam — sesi boleh dibuat selepas waktu kerja. Lihat Bachok dan Jertih & Besut.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.