
Tak boleh berjalan jauhBoleh solat seperti biasa
Warga emas
6 daripada 10 pesakit baru kami berumur 50 tahun ke atas. Kami faham: sakit lutut nak solat, pinggang tak boleh bongkok, kaki lemah lepas strok. Ada cara.
Sakit lutut boleh disebabkan osteoarthritis, tendon bengkak atau otot peha lemah. Di Jom Physio, lutut boleh dirawat dengan Super Inductive System dan laser, serta di-scan dan disuntik jika perlu selepas penilaian.
Tanya tentang rawatan iniBuka setiap hari hingga 10.30 malam, parking di depan pintu, kerusi roda disediakan, tandas mesra warga emas. Satu sesi 45–60 minit. Jika mak ayah tak boleh datang, ada physio datang rumah. Harga pakej di halaman harga.
Hasil pesakit

Tak boleh berjalan jauhBoleh solat seperti biasa

Keseimbangan berkurangBoleh bangun & berjalan sendiri

Angkat kaki 70° sahajaRingan untuk melangkah
Perkongsian pengalaman individu. Hasil rawatan setiap pesakit boleh berbeza.
Kebanyakan kes osteoarthritis lutut gred 1–3 boleh dibantu: kurangkan sakit dengan SIS/laser, kuatkan otot peha, dan ajar cara sujud/bangun yang kurang tekanan pada lutut. Pembedahan hanya untuk kes teruk yang tak respon — doktor kami akan beritahu jujur selepas penilaian.
Tidak. Pemulihan strok paling pantas dalam 6 bulan pertama, tapi otot masih boleh dilatih selepas itu. Kami mula dengan apa yang pesakit boleh buat (duduk seimbang, berdiri berpegang) dan tambah secara berperingkat.
Boleh, dan kebanyakannya lebih selesa dengan mesin berbanding urutan kuat. Pengecualian: perentak jantung (pacemaker) untuk SIS. Kami semak ubat dan sejarah kesihatan dahulu.
Ya — sebab itu kami buka hingga 10.30 malam setiap hari. Ramai anak bawa ibu bapa selepas Maghrib atau hujung minggu.
Ada physio datang rumah (RM150 selawatan) untuk kawasan Pasir Puteh dan sekitar.
Lokasi kami
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.