Jom Physio panel Prudential Malaysia ke?
Tidak. Jom Physio bukan panel cashless Prudential Malaysia. Anda bayar dahulu, kemudian claim kepada Prudential Malaysia menggunakan resit rasmi, bil terperinci dan laporan doktor yang kami sediakan.
Can I claim physiotherapy with Prudential Malaysia? (Boleh claim fisioterapi?)
Usually yes for physiotherapy that follows a hospital admission, or under a personal accident (PA) plan, but it depends on your policy. Jom Physio is not a cashless panel: you pay, we give an official receipt, itemised bill and doctor's report, then you submit the Prudential Malaysia claim. Dalam Bahasa Melayu: bayar dahulu, kemudian claim dengan resit dan laporan doktor kami.
Boleh ke claim fisioterapi dengan Prudential Malaysia?
Bergantung pada pelan anda. Semak polisi atau tanya ejen Prudential Malaysia sama ada rawatan pesakit luar, rawatan susulan selepas hospital atau pelan kemalangan diri (PA) anda meliputi fisioterapi.
Adakah Jom Physio panel insurans atau terima medical card?
Tidak. Jom Physio bukan panel cashless mana-mana syarikat insurans atau takaful swasta. Anda bayar dahulu, kemudian kami beri resit rasmi, bil terperinci dan laporan atau surat doktor untuk anda claim sendiri. Untuk PERKESO, kami panel, tetapi rawatan mesti melalui rujukan Pegawai Pengurus Kes PERKESO.
Boleh ke saya claim fisioterapi dengan insurans atau takaful?
Mungkin boleh, bergantung pada polisi anda. Kebanyakan medical card hanya menanggung fisioterapi pesakit luar sebagai rawatan susulan selepas keluar wad atau pembedahan, dalam tempoh tertentu. Pelan kemalangan diri (PA) pula mungkin menanggung fisioterapi akibat kemalangan. Tanya syarikat anda sebelum mula rawatan.
Saya tidak pernah masuk wad. Masih boleh claim?
Dalam pelan yang kami semak, fisioterapi pesakit luar tanpa kemasukan wad, pembedahan atau kemalangan selalunya tidak ditanggung. Ada pelan yang berbeza, jadi semak sijil polisi anda atau hubungi talian khidmat pelanggan syarikat.
Dokumen apa yang Jom Physio boleh beri?
Resit rasmi, bil terperinci bagi setiap sesi, dan laporan atau surat doktor. Jika syarikat anda ada borang khas untuk diisi oleh doktor, bawa borang itu semasa datang ke klinik.