Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Blog
  3. Belakang & sciatica

Belakang & sciatica

Sciatica Itu Apa? Maksud dalam Bahasa Melayu & Rawatan

Doktor tulis “sciatica” dalam surat, tetapi apa maksudnya dalam Bahasa Melayu? Ringkasnya: sakit saraf yang menjalar dari pinggang turun ke kaki.

Disemak oleh Dr Qim · 14 Nov 2026 · Bacaan 6 minit

Ramai pesakit kami di Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu pertama kali mendengar perkataan sciatica daripada doktor, kemudian mencari maksudnya di Google. Artikel ini menerangkan sciatica dalam bahasa mudah: apa itu, sakit apa yang dirasa, apa puncanya, dan bila perlu rawatan. Fakta perubatan diambil daripada NHS (UK).

Ringkasan

Sciatica secara ringkas

Perkara utama tentang sciatica:

  • Sciatica bermaksud saraf sciatic (saraf siatik) direngsa atau ditekan
  • Saraf ini bermula di pinggang bawah dan turun ke belakang kaki hingga ke tapak kaki
  • Sakit biasanya di pinggul dan belakang satu kaki, kadang-kadang hingga jari kaki
  • Biasanya bertambah baik dalam beberapa minggu hingga beberapa bulan, tetapi boleh berulang

Maksud sciatica dalam Bahasa Melayu

Sciatica berasal daripada nama saraf sciatic, iaitu saraf yang paling panjang dalam badan. Ia bermula di pinggang bawah, melalui pinggul, turun di belakang peha dan betis hingga ke tapak kaki dan jari kaki. Bila saraf ini direngsa atau ditekan, sakitnya terasa sepanjang laluan saraf itu.

Dalam Bahasa Melayu, sciatica biasanya diterangkan sebagai sakit saraf yang menjalar dari pinggang ke kaki. Ramai juga menyebutnya “saraf terhimpit di pinggang” atau “saraf tersepit”. Jadi sciatica bukan nama penyakit yang berasingan, tetapi nama untuk corak sakit akibat saraf sciatic terganggu.

Sciatica sakit apa? Simptom yang biasa

Menurut NHS, simptom sciatica biasanya di pinggul dan belakang satu kaki, selalunya hingga ke kaki dan jari kaki. Anda mungkin rasa:

  • Sakit tajam atau rasa terbakar di belakang kaki
  • Semut-semut, atau orang Kelantan sebut serbe
  • Kebas
  • Kaki terasa lemah

Sakit boleh datang tiba-tiba atau perlahan-lahan, dan sering bertambah bila bergerak, bersin atau batuk. Sakit pinggang mungkin ada, tetapi biasanya tidak seteruk sakit di kaki. NHS juga menyatakan: jika anda hanya ada sakit belakang tanpa sakit menjalar ke kaki, besar kemungkinan itu bukan sciatica. Baca juga: sakit belakang sampai ke kaki.

Punca sciatica

Sciatica berlaku bila sesuatu menekan atau menggesel saraf sciatic. Punca yang disenaraikan NHS:

  • Slip disc, iaitu cakera di antara tulang belakang terkeluar. Ini punca paling biasa, dan lebih kerap bila usia meningkat. Baca: slip disc boleh sembuh tanpa pembedahan?
  • Spinal stenosis, iaitu saluran saraf di tulang belakang menjadi sempit
  • Spondylolisthesis, iaitu satu tulang belakang tergelincir dari kedudukannya
  • Kecederaan belakang

Otot pinggul yang tegang juga boleh merengsa saraf dan memberi rasa yang hampir sama. Baca: piriformis syndrome vs sciatica.

Sciatica berapa lama baik?

NHS menyatakan sciatica biasanya bertambah baik dalam beberapa minggu hingga beberapa bulan, tetapi kadang-kadang lebih lama. Ia juga boleh berulang jika pernah dialami. Perkara yang membantu:

  • Teruskan aktiviti biasa sebanyak yang mampu
  • Buat senaman dan regangan sciatica secara berkala, dan mula senaman ringan secepat mungkin
  • Tuam panas pada kawasan yang sakit
  • Jangan duduk atau baring terlalu lama; bergerak walaupun sakit tidak membahayakan dan boleh membantu anda pulih lebih cepat

Sciatica ubat apa?

Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat. NHS menyatakan parasetamol tidak banyak membantu untuk sciatica, dan tidak jelas sejauh mana ubat anti-radang (NSAID) seperti ibuprofen membantu. Sebab itu senaman, kekal aktif dan fisioterapi menjadi asas rawatan, manakala suntikan atau pembedahan hanya dipertimbangkan oleh pakar hospital jika sakit teruk dan rawatan lain tidak membantu.

Rawatan sciatica di Jom Physio

Di Jom Physio, pusat fisioterapi Kelantan di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, doktor dan fisioterapis menilai dahulu paras saraf yang terlibat melalui ujian saraf seperti angkat kaki lurus, kekuatan dan refleks. Selepas itu rawatan dipilih ikut corak sakit anda: senaman dan regangan saraf (nerve glide), terapi manual, dan rawatan sokongan seperti Super Inductive System (SIS) di klinik Pasir Puteh. Kami tidak menjanjikan bilangan sesi tertentu untuk sembuh; kemajuan dinilai semula setiap beberapa sesi.

Pesakit dari Kota Bharu boleh mula dengan penilaian, terapi manual dan senaman ikut temujanji di Klinik Etika, Jalan Dusun Muda; lihat sciatica Kota Bharu. Panduan penuh rawatan ada di halaman rawatan sciatica.

Video · 0:21

Sciatica & piriformis: rawatan Super Inductive System

Sakit menjalar dari pinggang ke kaki, kebas dan sakit bila duduk lama boleh jadi sciatica atau piriformis syndrome. Super Inductive System di Jom Physio membantu mengurangkan sakit dan kebas, melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.

Tanya tentang rawatan ini
Bila perlu rawatan segera? Pergi ke hospital atau hubungi 999 SEGERA jika: sciatica di kedua-dua belah kaki, kedua-dua kaki lemah atau kebas yang teruk atau semakin teruk, kebas di sekitar kemaluan atau dubur, atau sukar kencing, tidak boleh kencing atau tidak dapat mengawal kencing atau berak. Ini boleh menandakan masalah tulang belakang yang serius.

Maklumat pendidikan umum — tidak menggantikan pemeriksaan doktor atau fisioterapis. Hasil rawatan setiap individu berbeza.

Soalan lazim

Sciatica itu apa?

Sciatica ialah sakit akibat saraf sciatic direngsa atau ditekan. Saraf ini bermula di pinggang bawah dan turun ke belakang kaki hingga ke tapak kaki, jadi sakitnya terasa menjalar dari pinggang atau pinggul ke kaki.

Sciatica dalam Bahasa Melayu dipanggil apa?

Tiada satu perkataan khas. Ia biasanya diterangkan sebagai sakit saraf sciatic, sakit saraf yang menjalar dari pinggang ke kaki, atau saraf terhimpit (tersepit) di pinggang.

Sciatica sakit apa?

Sakit tajam atau rasa terbakar di belakang satu kaki, semut-semut, kebas atau kaki terasa lemah. Ia sering bertambah bila bergerak, bersin atau batuk. Sakit belakang sahaja tanpa sakit menjalar ke kaki biasanya bukan sciatica.

Sciatica boleh sembuh?

Bagi kebanyakan orang, sciatica bertambah baik dalam beberapa minggu hingga beberapa bulan dengan kekal aktif, senaman dan fisioterapi. Kadang-kadang ia berlarutan lebih lama atau berulang. Kami tidak menjanjikan hasil yang sama untuk semua orang.

Sciatica ubat apa yang sesuai?

Tanya doktor atau ahli farmasi. Menurut NHS, parasetamol tidak banyak membantu untuk sciatica dan kesan ubat anti-radang tidak jelas. Senaman, kekal aktif dan fisioterapi ialah asas rawatan.

Sciatica dan slip disc sama ke?

Tidak sama, tetapi berkait. Slip disc ialah punca paling biasa sciatica: cakera yang terkeluar menekan saraf. Sciatica pula ialah nama untuk sakit saraf yang terhasil. Punca lain termasuk saluran saraf yang sempit dan tulang belakang yang tergelincir.

Mula hari ini.

WhatsApp — terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami