Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Sciatica
  3. Besut & Jerteh

Sciatica · Besut & Jerteh

Rawatan sciatica untuk pesakit Besut dan Jerteh

Sakit menyucuk dari pinggang ke peha dan betis, kebas di kaki, susah duduk lama dalam kereta: sciatica sering membuat perjalanan dari Besut terasa lebih panjang. Kami susun rawatan supaya setiap lawatan bermakna.

5.0 ★ Google52 ulasan pesakit
Doktor + fisioterapisDalam satu pasukan
Buka setiap hari9 pagi – 10.30 malam
Panel PERKESOSemak kelayakan anda

Bagi pesakit sciatica, duduk lama ialah antara perkara paling sukar, dan perjalanan dari Jerteh ke Pasir Puteh lebih kurang 24 km ikut jalan raya. Jika duduk dalam kereta mencetuskan sakit, berhenti seketika di pertengahan jalan, berdiri dan berjalan beberapa minit, dan laraskan kerusi supaya lutut tidak lebih tinggi daripada pinggul. Ini tip yang sama kami ajar untuk pemandu lori dan pekerja yang berulang-alik setiap hari di daerah Besut.

Di pusat Padang Pak Amat, penilaian pertama menyemak saraf secara terperinci: kekuatan, refleks, rasa kebas dan ujian regangan saraf. Rawatan boleh menggabungkan Super Inductive System, terapi manual dan senaman yang melegakan saraf. Bagi yang datang dari Kuala Besut atau Kampung Raja (lebih kurang 30 km), kami biasanya cadangkan sesi seminggu sekali dengan senaman harian di rumah, dinilai semula setiap 3 sesi.

Sciatica dan urut saraf: ramai mencari 'urut saraf' di Besut. Urut yang kuat pada kawasan saraf yang meradang kadang-kadang menambah sakit. Baca dahulu panduan sciatica, dan lihat juga sakit pinggang untuk pesakit Besut.

Video · 0:21

Sciatica & piriformis: rawatan Super Inductive System

Sakit menjalar dari pinggang ke kaki, kebas dan sakit bila duduk lama boleh jadi sciatica atau piriformis syndrome. Super Inductive System di Jom Physio membantu mengurangkan sakit dan kebas, melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.

Tanya tentang rawatan ini

Rawatan sciatica di Jom Physio

Panduan penuh tentang punca, peringkat dan pelan rawatan ada di halaman Sciatica. Ringkasnya: doktor menilai punca dahulu (termasuk scan ultrasound bila perlu), kemudian fisioterapis merawat dengan terapi manual, senaman dan mesin seperti Super Inductive System dan laser HILT di klinik Pasir Puteh. Harga dan pakej: lihat di sini.

Lokasi: pusat Jom Physio di Padang Pak Amat, Pasir Puteh (buka setiap hari 9 pagi–10.30 malam), lebih kurang 24 km ikut jalan raya dari pekan Jerteh. Physio datang rumah hanya dalam lingkungan 20 km dari pusat, jadi pesakit dari Jerteh dan Kuala Besut dirawat di pusat. Page kawasan: fisioterapi Besut & Jerteh · fisioterapi Terengganu.

Soalan lazim: sciatica di Besut & Jerteh

Sciatica boleh urut saraf atau tidak?

Urut ringan pada otot sekitar mungkin melegakan, tetapi tekanan kuat terus pada saraf yang meradang boleh memburukkan sakit. Lebih selamat nilai punca dahulu: sama ada saraf terhimpit di pinggang (contohnya slip disc) atau otot piriformis yang tegang.

Duduk lama dalam kereta dari Jerteh buat kaki makin sakit. Apa nak buat?

Berhenti setiap 20–30 minit untuk berdiri dan berjalan seketika, letak tuala bergulung di belakang pinggang, dan elak dompet di poket belakang. Kami juga beri senaman ringan untuk dibuat sebelum dan selepas perjalanan.

Bila sciatica perlu ke hospital?

Terus ke hospital jika ada kebas di celah kangkang, susah kawal kencing atau berak, atau kedua-dua kaki tiba-tiba lemah. Tanda ini memerlukan rawatan kecemasan, bukan fisioterapi.

Berapa sesi untuk sciatica?

Bergantung pada punca dan sudah berapa lama. Ramai bermula dengan pakej 5 sesi (RM550) bersama senaman harian, dan kami nilai semula setiap 3 sesi. Kami tidak menjanjikan bilangan sesi tertentu untuk sembuh.

Lokasi kami

Lokasi & waktu operasi

Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Bilik rawatan Jom Physio dengan logo, Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Jom Physio · Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Sciatica dari Besut & Jerteh? Semak punca minggu ini.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami