Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Sciatica
  3. Pasir Mas

Sciatica · Pasir Mas

Rawatan sciatica untuk pesakit Pasir Mas

Sakit menyucuk dari pinggang hingga ke betis, terutama selepas bongkok lama atau duduk menunggang motosikal, sering berpunca dari saraf sciatic yang terhimpit. Dari Pasir Mas, lokasi Jom Physio paling dekat ialah Klinik Etika Kota Bharu.

5.0 ★ Google45 ulasan pesakit
Doktor + fisioterapisDalam satu pasukan
Buka setiap hari9 pagi – 10.30 malam
Panel PERKESOSemak kelayakan anda

Bagi pesawah dan pekebun di Pasir Mas, sciatica sering bermula selepas kerja membongkok berjam-jam atau mengangkat beban dalam posisi badan terpusing. Peniaga di Rantau Panjang pula mungkin merasa kaki kebas dan berat selepas berdiri atau duduk lama di kedai. Punca sciatica yang paling biasa ialah cakera pinggang bawah yang menekan saraf, tetapi otot piriformis di pinggul juga boleh menghimpit saraf yang sama, dan rawatannya berbeza.

Dari bandar Pasir Mas ke Klinik Etika, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu lebih kurang 20 km; dari Rantau Panjang lebih kurang 40 km. Semak masa sebenar di Waze. Di Kota Bharu kami buat penilaian saraf, terapi manual dan senaman. Jika sciatica anda perlukan Super Inductive System, rawatan itu dibuat di klinik utama Pasir Puteh.

Duduk lama dalam kenderaan boleh menambah sakit sciatica. Jika perjalanan terasa berat, berhenti sekejap, berdiri dan berjalan beberapa minit sebelum menyambung. Baca juga beza piriformis syndrome dan sciatica dan fisioterapi Pasir Mas.

Video · 0:21

Sciatica & piriformis: rawatan Super Inductive System

Sakit menjalar dari pinggang ke kaki, kebas dan sakit bila duduk lama boleh jadi sciatica atau piriformis syndrome. Super Inductive System di Jom Physio membantu mengurangkan sakit dan kebas, melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.

Tanya tentang rawatan ini

Rawatan sciatica di Jom Physio

Panduan penuh tentang punca, peringkat dan pelan rawatan ada di halaman Sciatica. Ringkasnya: doktor menilai punca dahulu (termasuk scan ultrasound bila perlu), kemudian fisioterapis merawat dengan terapi manual, senaman dan mesin seperti Super Inductive System dan laser HILT di klinik Pasir Puteh. Harga dan pakej: lihat di sini.

Lokasi: klinik utama di Padang Pak Amat, Pasir Puteh (buka setiap hari 9 pagi–10.30 malam), dan sesi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu. Page kawasan: fisioterapi Pasir Mas.

Soalan lazim: sciatica di Pasir Mas

Ada rawatan sciatica dekat Pasir Mas?

Jom Physio tiada cawangan di Pasir Mas. Paling dekat: sesi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu, Jalan Dusun Muda, lebih kurang 20 km dari bandar Pasir Mas. WhatsApp 012-656 9143 untuk slot.

Sciatica boleh sembuh ke?

Banyak kes sciatica bertambah baik dengan masa dan rawatan konservatif seperti senaman, tanpa pembedahan. Ada yang berulang jika punca seperti otot teras yang lemah tidak dirawat. Kami tidak menjanjikan hasil, tetapi kami jelaskan pelan dan nilai kemajuan setiap 3 sesi.

Fisioterapi untuk sciatica: apa yang dibuat?

Penilaian saraf untuk tentukan punca, terapi manual, latihan saraf (nerve gliding), senaman teras dan pinggul, serta nasihat cara duduk dan mengangkat. Di klinik Pasir Puteh, rawatan mesin seperti SIS boleh ditambah jika sesuai.

Kaki kebas lepas kerja sawah, sciatica ke?

Mungkin, jika kebas di sebelah kaki dan datang bersama sakit pinggang. Kebas di kedua-dua tapak kaki yang bermula di hujung jari pula lebih berkait dengan kencing manis. Baca rawatan kebas dan saraf.

Lokasi kami

Lokasi & waktu operasi

Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Bilik rawatan Jom Physio dengan logo, Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Jom Physio · Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Sciatica dari Pasir Mas? Semak punca minggu ini.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami