Sciatica · Tanah Merah
Rawatan sciatica untuk pesakit Tanah Merah
Perjalanan jauh dengan sciatica bukan mudah: duduk lama dalam kenderaan boleh menambah sakit menjalar ke kaki. Halaman ini membantu pesakit Tanah Merah merancang rawatan dengan lawatan yang lebih sedikit.
Kerja kebun getah dan sawit di Tanah Merah melibatkan membongkok, mengangkat dan berjalan di tanah tidak rata, manakala ada yang memandu jarak jauh untuk bekerja. Gabungan beban berat dan duduk lama inilah yang sering dikaitkan dengan masalah cakera pinggang bawah, punca sciatica yang paling biasa.
Untuk sciatica, kami cadangkan pesakit Tanah Merah membuat lawatan pertama di klinik utama Padang Pak Amat, Pasir Puteh (lebih kurang 60 km, sekitar sejam; semak Waze), kerana di sana doktor boleh menilai saraf dan rawatan SIS boleh dibuat pada hari yang sama. Selepas pelan jelas, sesi susulan senaman boleh dibuat di Klinik Etika Kota Bharu jika lebih mudah.
Dalam perjalanan, berhenti setiap 30–40 minit untuk berdiri dan berjalan sekejap; saraf yang sensitif tidak suka posisi duduk yang lama. Antara lawatan, video senaman dihantar melalui WhatsApp. Lihat juga fisioterapi Tanah Merah.
Sciatica & piriformis: rawatan Super Inductive System
Sakit menjalar dari pinggang ke kaki, kebas dan sakit bila duduk lama boleh jadi sciatica atau piriformis syndrome. Super Inductive System di Jom Physio membantu mengurangkan sakit dan kebas, melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.
Tanya tentang rawatan iniRawatan sciatica di Jom Physio
Panduan penuh tentang punca, peringkat dan pelan rawatan ada di halaman Sciatica. Ringkasnya: doktor menilai punca dahulu (termasuk scan ultrasound bila perlu), kemudian fisioterapis merawat dengan terapi manual, senaman dan mesin seperti Super Inductive System dan laser HILT di klinik Pasir Puteh. Harga dan pakej: lihat di sini.
Lokasi: klinik utama di Padang Pak Amat, Pasir Puteh (buka setiap hari 9 pagi–10.30 malam), dan sesi ikut temujanji di Klinik Etika Kota Bharu. Page kawasan: fisioterapi Tanah Merah.
Soalan lazim: sciatica di Tanah Merah
Urut saraf di Tanah Merah sesuai untuk sciatica?
Urut lembut pada otot boleh melegakan rasa tegang, tetapi urut kuat di sepanjang laluan saraf boleh menambah sakit. Jika punca sciatica ialah cakera yang menekan saraf, urut tidak melepaskannya. Dapatkan penilaian dahulu.
Berbaloi ke datang dari Tanah Merah untuk sciatica?
Jika sakit menjalar ke kaki sudah berminggu-minggu dan tidak berkurang, ya. Lawatan pertama merangkumi penilaian doktor dan rawatan, kemudian kami rancang sesi seminggu sekali dengan senaman di rumah supaya perjalanan tidak terlalu kerap.
Bila sciatica perlu ke hospital terus?
Pergi ke hospital segera jika ada kebas di celah kangkang atau sekitar dubur, susah kawal kencing atau berak, kedua-dua kaki lemah, atau sakit berlaku selepas jatuh atau kemalangan yang teruk.
Fisioterapi hospital Tanah Merah atau klinik swasta?
Jika anda sudah dirujuk ke unit fisioterapi hospital kerajaan, teruskan di sana. Jom Physio ialah pilihan swasta tanpa surat rujukan, buka setiap hari hingga 10.30 malam, dengan doktor dan mesin SIS di klinik Pasir Puteh.
Lokasi kami
Lokasi & waktu operasi
Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.
- AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
Daerah Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh, Kelantan.
Buka di Google Maps / Waze → - Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
- WhatsApp & telefon012-656 9143

Sciatica dari Tanah Merah? Semak punca minggu ini.
WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.