Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Sakit pinggang
  3. Besut & Jerteh

Sakit pinggang · Besut & Jerteh

Rawatan sakit pinggang untuk pesakit Besut dan Jerteh

Menarik pukat, memunggah ikan di jeti, menoreh getah atau memandu jauh setiap hari: sakit pinggang di daerah Besut banyak berkait dengan kerja. Pusat Jom Physio di Pasir Puteh hanya di seberang sempadan.

5.0 ★ Google52 ulasan pesakit
Doktor + fisioterapisDalam satu pasukan
Buka setiap hari9 pagi – 10.30 malam
Panel PERKESOSemak kelayakan anda

Daerah Besut ada dua corak kerja yang sangat berbeza. Di pesisir Kuala Besut dan Kampung Raja, ramai bekerja di laut, di jeti atau dalam perkhidmatan bot dan pelancongan; kerja ini banyak membongkok, memusing badan sambil mengangkat dan berdiri di atas permukaan yang bergoyang. Di pedalaman sekitar Jerteh, Pasir Akar dan Jabi pula, kerja kebun dan ladang mengulang gerakan yang sama berjam-jam. Kedua-duanya boleh menyebabkan sakit pinggang, tetapi senaman pemulihan yang kami ajar tidak sama.

Kami merawat pesakit Besut di pusat utama di Padang Pak Amat, Pasir Puteh: lebih kurang 24 km dari pekan Jerteh ikut jalan utama ke arah Pasir Puteh (selalunya sekitar 20–30 minit) dan lebih kurang 28 km dari Kuala Besut. Semua mesin ada di sini, termasuk Super Inductive System dan laser HILT, jadi satu lawatan boleh merangkumi penilaian doktor, rawatan dan senaman. Physio datang rumah hanya untuk rumah dalam lingkungan 20 km dari pusat, jadi tidak meliputi pekan Jerteh atau Kuala Besut.

Ramai di Besut mencuba urut dahulu, dan itu boleh melegakan otot buat sementara. Jika sakit pinggang berulang setiap kali turun ke laut atau ke kebun, atau mula menjalar ke kaki, penilaian membantu mencari punca sebenar. Panduan penuh: rawatan sakit pinggang; page kawasan: fisioterapi Jerteh dan Besut.

Video · 0:41

Sakit belakang kronik: rawatan 3 dalam 1

Sakit belakang bila duduk, berjalan atau tidur? Dr Qim menerangkan rawatan komprehensif 3 dalam 1 di Jom Physio: fisioterapi manual, Super Inductive System dan High Intensity Laser.

Tanya tentang rawatan ini

Rawatan sakit pinggang di Jom Physio

Panduan penuh tentang punca, peringkat dan pelan rawatan ada di halaman Sakit pinggang. Ringkasnya: doktor menilai punca dahulu (termasuk scan ultrasound bila perlu), kemudian fisioterapis merawat dengan terapi manual, senaman dan mesin seperti Super Inductive System dan laser HILT di klinik Pasir Puteh. Harga dan pakej: lihat di sini.

Lokasi: pusat Jom Physio di Padang Pak Amat, Pasir Puteh (buka setiap hari 9 pagi–10.30 malam), lebih kurang 24 km ikut jalan raya dari pekan Jerteh. Physio datang rumah hanya dalam lingkungan 20 km dari pusat, jadi pesakit dari Jerteh dan Kuala Besut dirawat di pusat. Page kawasan: fisioterapi Besut & Jerteh · fisioterapi Terengganu.

Soalan lazim: sakit pinggang di Besut & Jerteh

Ada pusat fisioterapi untuk sakit pinggang dekat Besut?

Jom Physio di Padang Pak Amat, Pasir Puteh ialah pusat fisioterapi swasta tepat di seberang sempadan, lebih kurang 24 km dari pekan Jerteh. Tiada surat rujukan diperlukan. WhatsApp 012-656 9143 untuk slot.

Urut atau fisioterapi untuk sakit pinggang?

Urut boleh melegakan otot tegang buat sementara. Fisioterapi bermula dengan penilaian punca (otot, sendi, cakera atau saraf), kemudian rawatan dan senaman yang disasarkan supaya sakit tidak cepat berulang. Jika ada kebas atau sakit menjalar ke kaki, elakkan urut yang kuat sehingga punca dinilai.

Kerja di laut, selalu sakit pinggang. Boleh terus bekerja?

Selalunya boleh, dengan ubah suai: cara mengangkat yang lebih dekat dengan badan, elak memusing sambil mengangkat, rehat ringkas dan senaman teras. Kami nilai kerja anda dan beri pelan yang praktikal. Berhenti dan dapatkan rawatan segera jika kaki menjadi lemah atau ada masalah kawal kencing.

Harga rawatan sakit pinggang untuk pesakit dari Besut?

Sama seperti semua pesakit: satu sesi RM100–RM170 (ikut rawatan: laser RM100, fisioterapi manual RM120, SIS RM140, SIS + fisioterapi RM170), 3 sesi RM340, 5 sesi RM550. Tiada diskaun atau promosi. Lihat harga dan pakej.

Lokasi kami

Lokasi & waktu operasi

Di Padang Pak Amat, Pasir Puteh — mudah dari Tok Bali, Selising, Bachok, Machang dan Jertih. Parkir disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Bilik rawatan Jom Physio dengan logo, Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Jom Physio · Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Sakit pinggang dari Besut & Jerteh? Semak punca minggu ini.

WhatsApp kami — ceritakan masalah anda dan semak slot hari ini. Tiada borang, terus bercakap dengan pasukan kami.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami