Sakit pinggul boleh terasa di bahagian depan, sisi, belakang atau pangkal paha. Lokasinya membantu pemeriksaan, tetapi diagnosis memerlukan sejarah dan ujian pergerakan.
Untuk dibincangkan semasa pemeriksaan
Kemungkinan diagnosis
Antara keadaan yang boleh dipertimbangkan berdasarkan simptom ialah:
- Gluteal tendinopathy
- Osteoartritis pinggul
- Greater trochanteric pain syndrome
- Sakit dirujuk dari belakang
Punca yang biasa
- Tendon di sisi pinggul sensitif selepas banyak berjalan atau berdiri.
- Sendi pinggul menjadi kaku atau mengalami perubahan osteoartritis.
- Otot pinggul lemah selepas kurang aktif atau kecederaan.
- Sakit dari belakang menjalar ke kawasan pinggul.
Apa yang boleh anda lakukan dahulu?
- Kurangkan sementara aktiviti yang jelas menambah sakit.
- Elakkan tidur terus di atas sisi yang sakit jika tidak selesa.
- Gunakan langkah lebih pendek ketika berjalan jika membantu.
- Pantau sakit pangkal paha, kebas dan kelemahan kaki.
Bila perlu mendapatkan rawatan segera?
Dapatkan rawatan segera jika tidak mampu berjalan selepas jatuh, kaki kelihatan pendek atau berpusing, sakit disertai demam atau terdapat kelemahan mendadak.
Bagaimana fisioterapi boleh membantu?
Fisioterapis akan menilai sendi pinggul, belakang, kekuatan dan cara berjalan. Pelan pemulihan disusun mengikut aktiviti yang anda mahu lakukan semula.
Di Jom Physio, penilaian dibuat berdasarkan simptom, pergerakan dan aktiviti yang penting kepada anda. Rawatan sebenar bergantung pada dapatan pemeriksaan.
Rawatan sakit pinggul di klinik: apa yang dibuat dalam setiap sesi
Ramai yang mencari "rawatan sakit pinggul" mahu tahu apa sebenarnya berlaku bila datang ke klinik fisioterapi. Di Jom Physio Pasir Puteh, sesi biasanya mengikut turutan ini:
- Penilaian doktor dan fisioterapis — sejarah sakit, cara berjalan, pergerakan pinggul, kekuatan otot dan pemeriksaan pinggang.
- Scan ultrasound muskuloskeletal — untuk melihat tendon, bursa dan cecair di sekitar pinggul. Kami tiada X-ray atau MRI di klinik; jika perlu, anda akan dirujuk.
- Rawatan melegakan sakit — mengikut punca, contohnya shockwave untuk tendon yang kronik, laser HILT, Super Inductive System (SIS) atau TENS, dan terapi manual untuk sendi yang kaku.
- Senaman — bahagian paling penting. Otot pinggul yang kuat mengurangkan beban pada sendi dan tendon. Senaman diajar di klinik untuk diteruskan di rumah.
Jika ada, bawa bersama laporan X-ray atau MRI lama dan senarai ubat yang sedang diambil, supaya penilaian lebih lengkap sejak sesi pertama.
Sakit pinggul hingga ke peha: dari sendi, tendon atau pinggang?
Bila sakit pinggul turun ke peha, lokasinya memberi petunjuk:
- Pangkal peha depan hingga ke lutut — lebih kerap dari sendi pinggul. Susah memakai stokin, memotong kuku kaki atau masuk ke kereta.
- Sisi pinggul hingga ke sisi peha — selalunya tendon di sisi pinggul. Sakit bila ditekan, bila tidur mengiring dan bila naik tangga.
- Belakang pinggul hingga ke belakang peha atau betis — mungkin dari pinggang atau saraf sciatic, terutama jika ada kebas.
- Dekat tulang ekor — sakit bila duduk lama di atas kerusi keras, boleh dari tulang ekor sendiri atau sendi sacroiliac.
Sakit pinggul pada wanita dan warga emas
Wanita lebih kerap mengalami sakit tendon di sisi pinggul, terutama pada pertengahan umur. Semasa mengandung, sendi pelvis juga boleh menjadi sakit kerana ligamen lebih lembut. Pada warga emas pula, osteoartritis pinggul semakin biasa, dan tulang yang rapuh selepas menopaus meningkatkan risiko retak bila jatuh.
Bagi warga emas, mengekalkan kekuatan otot kaki dan keseimbangan ialah cara paling praktikal untuk mengurangkan risiko jatuh. Senaman bangun dari kerusi tanpa menolak dengan tangan, berdiri sebelah kaki sambil berpaut, dan berjalan setiap hari ialah permulaan yang baik. Pastikan rumah terang pada waktu malam dan lantai bilik air tidak licin.
Tanda bahaya: ke jabatan kecemasan jika pinggul sangat sakit selepas jatuh, tidak boleh memijak, kaki nampak lebih pendek atau terpusing, atau ada kebas selepas kecederaan. Sakit pinggul bersama demam atau sakit malam yang tidak berubah walaupun bertukar posisi juga perlu diperiksa doktor. Baca patah tulang pinggul warga emas jika keluarga anda pernah jatuh.
Pesakit dari Kota Bharu boleh membuat sesi penilaian dan senaman ikut temujanji di Klinik Etika, Jalan Dusun Muda, manakala rawatan mesin hanya di Pasir Puteh. Pesakit dari Tanah Merah biasanya datang terus ke Pasir Puteh. Untuk mak ayah yang susah bergerak, kami juga ada fisioterapi warga emas. Sakit yang muncul semasa berjalan dibincangkan dalam sakit pinggul bila berjalan. Harga di pakej rawatan.
Soalan lazim
Sakit pinggul berapa lama sembuh?
Ia bergantung pada punca. Sakit otot ringan boleh lega dalam beberapa hari hingga minggu, manakala masalah tendon atau sendi yang sudah lama biasanya mengambil masa lebih panjang dengan senaman berperingkat. Panduan NHS menyarankan jumpa doktor jika sakit pinggul tidak berkurang selepas dua minggu rawatan di rumah, semakin teruk atau berulang.
Sakit pinggul dekat tulang ekor, kenapa?
Sakit di kawasan pinggul berhampiran tulang ekor sering berkait sendi sacroiliac, otot di belakang pinggul, atau tulang ekor sendiri, terutama selepas jatuh terduduk atau duduk lama di atas permukaan keras. Gunakan kusyen yang lembut dan bangun bergerak dengan kerap. Jika sakit berpanjangan, pemeriksaan membantu mencari punca sebenar.
Perlu X-ray untuk sakit pinggul?
Tidak semua sakit pinggul memerlukan X-ray. Banyak masalah tendon dan otot boleh dinilai dengan pemeriksaan fizikal dan scan ultrasound. X-ray biasanya diperlukan selepas jatuh, jika disyaki osteoartritis yang teruk, atau ada tanda bahaya. Jom Physio tiada X-ray di klinik; jika perlu, doktor kami akan merujuk anda.
Langkah seterusnya
Untuk penilaian dan rawatan, lihat rawatan sakit pinggang di Kelantan dan rawatan slip disc dan sakit belakang. Baca juga Senaman Sakit Pinggang di Rumah: 7 Gerakan Ikut Tahap (Langkah demi Langkah) dan Skoliosis (Tulang Belakang Bengkok): Tanda, Senaman & Bila Fisioterapi Boleh Membantu. Lokasi: rawatan sakit pinggang Kota Bharu, fisioterapi Pasir Puteh (pusat utama, ada SIS dan laser).