Pusat physio Kelantan · Pasir PutehBuka setiap hari · 9.00 pagi–10.30 malamWhatsApp 012-656 9143 · Buka hingga 10.30 malam
  1. Utama
  2. Warga emas
  3. Untuk mak ayah

Untuk anak yang jauh · Pasir Puteh, Bachok, Jertih, Machang

Anak di KL, mak ayah di Kelantan.

Kami ambil mak ayah (atau datang rumah), doktor nilai, rawat, dan hantar laporan foto + nota ke WhatsApp anda selepas setiap sesi. Anda bayar online, mak ayah hanya datang.

  • Kami ambil & hantar mak ayah — atau fisioterapis datang ke rumah
  • Doktor nilai punca dahulu, fisioterapis yang sama rawat setiap sesi
  • Laporan foto + nota ke WhatsApp anda selepas setiap sesi · bayar online dari mana-mana

Kami balas 9 pagi – 10.30 malam, setiap hari. Tiada borang panjang — terus bercakap dengan pasukan kami.

5.0 ★ Google45 ulasan pesakit
Doktor + fisioterapisDalam satu pasukan
Buka setiap hari9 pagi – 10.30 malam
Panel PERKESOSemak kelayakan anda
Dr Qim dan fisioterapis Anis Qistina, Jom Physio Pasir Puteh

Bagaimana ia berjalan

Anda WhatsApp. Kami uruskan selebihnya.

Empat langkah — anda tak perlu ambil cuti atau balik kampung untuk mula.

WhatsApp kami

Hantar nama mak/ayah, umur, masalah dan kawasan rumah. Kami balas pada waktu operasi, 9 pagi hingga 10.30 malam setiap hari.

Kami hubungi mak ayah & susun slot

Kami telefon mak ayah untuk tetapkan hari dan masa yang sesuai, kemudian susun pengangkutan: kami ambil & hantar (Pasir Puteh & sekitar) atau fisioterapis datang ke rumah.

Sesi 1: penilaian doktor + rawatan

Doktor periksa punca sakit, semak ubat dan tekanan darah, scan ultrasound jika perlu. Rawatan pertama bermula pada hari yang sama, oleh fisioterapis yang akan ikut mak ayah setiap sesi.

Laporan ke WhatsApp anda, setiap sesi

Selepas setiap sesi anda terima foto, nota ringkas: apa yang dirawat, tahap sakit hari ini, kemajuan, senaman di rumah dan tarikh sesi seterusnya. Anda tahu tanpa perlu bertanya.

Pakej & harga

Bayar sekali dari KL. Mak ayah hanya datang.

Harga sama seperti di halaman harga kami — tiada caj tambahan untuk anak yang bayar dari jauh. Pakej boleh dikongsi mak dan ayah jika masalah sama.

Sakit baru

Pakej 3 sesi

RM340

Jimat ~RM110 berbanding sesi tunggal. Sesuai untuk sakit yang baru (kurang 3 bulan). Sah 2 bulan.

Paling popular

Pakej 5 sesi

RM550

Jimat ~RM250. Pilihan paling kerap untuk sakit lutut dan pinggang yang dah berbulan. Sah 2 bulan.

Kronik · strok · selepas bedah

Pakej 8 sesi

RM720

Jimat ~RM500. Untuk sakit kronik, selepas strok, selepas pembedahan dan saraf terhimpit. Sah 4 bulan.

Lain-lainHargaNota
Sesi 1: penilaian doktor + rawatanRM140–170Jika mahu cuba satu sesi dahulu. Boleh dinaik taraf ke pakej selepas penilaian; bayaran sesi 1 ditolak daripada pakej.
Physio datang rumahRM150 / lawatanPasir Puteh dan sekitar (≤ 20 km) tanpa caj perjalanan; Bachok, Machang, Jertih ada caj perjalanan kecil. Butiran →
Ambil & hantar mak ayahDisahkan di WhatsAppUntuk kawasan Pasir Puteh dan sekitar. Kami beritahu butiran dan sebarang caj sebelum anda bayar.

Pautan bayaran dibuka di halaman selamat (perbankan online atau kad). Selepas bayaran, kami hubungi anda dan mak ayah dalam waktu operasi untuk susun slot pertama. Harga semasa Oktober 2026. Tak pasti pakej mana? Tanya dahulu di WhatsApp — doktor cadangkan selepas penilaian, tiada paksaan.

Laporan setiap sesi

Anda tahu, walaupun jauh.

Ramai anak risau bukan kerana kos — tetapi kerana tak nampak. Mak kata “okay je” di telefon, tapi lutut masih sakit bila sujud. Sebab itu selepas setiap sesi, fisioterapis yang merawat mak ayah hantar laporan ringkas terus ke WhatsApp anda.

Contoh laporan · sesi 2

Puan Zainab, 67 · Sakit lutut kanan

  • Tahap sakit hari ini: 6/10 → 3/10 selepas sesi
  • Rawatan: SIS 15 minit + mobilisasi lutut + senaman quadriceps
  • Kemajuan: bangun dari kerusi tanpa pegang meja
  • Di rumah: 3 senaman, pagi & petang (video dihantar)
  • Sesi seterusnya: Sabtu 10.30 pagi, kami ambil 10.00

Nama dan butiran contoh sahaja. Laporan sebenar dihantar ke WhatsApp anda selepas setiap sesi, dengan izin mak ayah.

Siapa yang merawat mak ayah anda

Doktor menilai dahulu — Dr Ahmad Mustaqim (Dr Qim) memeriksa punca, semak ubat dan tekanan darah, dan membuat scan ultrasound bila perlu. Kemudian fisioterapis bertauliah yang sama merawat mak ayah setiap sesi, supaya mereka tak perlu ulang cerita. Buka setiap hari 9 pagi hingga 10.30 malam, parking di depan pintu, kerusi roda disediakan.

Video · 0:21

Dr Qim & fisioterapis Anis: rawatan sakit lutut warga emas

Begini rupa satu sesi di klinik kami — scan, laser dan SIS untuk lutut, tanpa suntikan dan tanpa urutan kuat.

Tanya tentang rawatan ini

5.0 ★ Google · 45 ulasan pesakit · lihat ulasan. Perkongsian pengalaman individu; hasil rawatan setiap pesakit boleh berbeza.

Soalan anak-anak

Soalan yang anak-anak selalu tanya

Saya di KL dan tak dapat balik selalu. Macam mana saya tahu mak ayah betul-betul dirawat?

Selepas setiap sesi, kami hantar laporan ke WhatsApp anda: foto sesi (dengan izin mak ayah), apa yang dirawat, tahap sakit hari itu, kemajuan dan senaman di rumah. Anda boleh tanya doktor atau fisioterapis bila-bila melalui WhatsApp, dan jika mahu, kami susun panggilan ringkas dengan doktor selepas penilaian pertama.

Siapa yang ambil mak ayah? Mereka tiada kenderaan dan saya tak mahu mereka memandu jauh.

Beritahu kami kawasan rumah. Untuk Pasir Puteh dan sekitar (Padang Pak Amat, Tok Bali, Selising, Semerak, Cherang Ruku), kami bantu susun ambil & hantar — butiran dan sebarang caj disahkan di WhatsApp sebelum anda bayar. Jika mak ayah tak larat bergerak atau rumah lebih jauh, fisioterapis datang ke rumah (RM150 selawatan; Bachok, Machang dan Jertih ada caj perjalanan kecil).

Macam mana saya bayar dari jauh?

Pilih pakej 3 atau 5 sesi dan bayar melalui pautan bayaran selamat di halaman ini (perbankan online atau kad). Anda terima resit, dan kami hubungi mak ayah untuk susun slot. Jika mahu cuba satu sesi dahulu, mak ayah boleh bayar di kaunter (tunai, QR DuitNow atau kad) atau kami hantar pautan bayaran kepada anda selepas sesi.

Laporan apa yang saya akan dapat?

Satu mesej WhatsApp selepas setiap sesi: 1–2 foto, nota ringkas fisioterapis (bahagian yang dirawat, mesin yang digunakan, tahap sakit 0–10 sebelum dan selepas), senaman untuk dibuat di rumah dan tarikh sesi seterusnya. Selepas penilaian pertama, doktor hantar ringkasan punca dan pelan rawatan.

Berapa sesi mak ayah perlukan?

Doktor beri anggaran jujur selepas penilaian pertama. Panduan umum: sakit baru 1–3 sesi; sakit lutut atau pinggang yang dah berbulan 5 sesi; selepas strok, pembedahan atau saraf terhimpit 8 sesi. Kami nilai semula setiap 3 sesi — jika tiada kemajuan, kami beritahu anda dan cadangkan langkah lain. Hasil rawatan setiap pesakit berbeza.

Boleh guna PERKESO atau insurans mak ayah?

PERKESO: hanya untuk pencarum yang masih bekerja dan melalui rujukan Pegawai Kes PERKESO — kebanyakan warga emas yang telah bersara tidak layak. Lihat fisioterapi PERKESO. Insurans atau takaful: kami bukan panel cashless; anda bayar, kami sediakan resit rasmi dan laporan doktor untuk anda hantar claim. Lihat claim insurans & takaful.

Lokasi kami

Di mana mak ayah dirawat

Padang Pak Amat, Pasir Puteh — 15–30 minit dari Bachok, Tok Bali, Selising, Jertih dan Machang. Kami ambil & hantar atau datang rumah; parking di depan pintu, kerusi roda disediakan.

  • AlamatLot PT 4773-B, Mukim Padang Pak Amat,
    Daerah Padang Pak Amat,
    16800 Pasir Puteh, Kelantan.
    Buka di Google Maps / Waze →
  • Buka setiap hari9.00 pagi – 10.30 malam (sahkan slot melalui WhatsApp)
  • WhatsApp & telefon012-656 9143
Bilik rawatan Jom Physio dengan logo, Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Jom Physio · Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Lokasi kedua: Kota BharuSesi fisioterapi Jom Physio di Klinik Etika Kota Bharu, Lot 245, Tingkat Bawah, S/26, Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ikut temujanji. Lihat lokasi Kota Bharu →

Mak ayah di Kelantan, anda di KL. Biar kami uruskan.

WhatsApp kami sekarang — ceritakan masalah mak ayah dan kawasan rumah. Kami balas pada waktu operasi, 9 pagi–10.30 malam setiap hari.

Telefon WhatsApp kami
WhatsApp kami