Di Jom Physio, doktor kami memang membuat suntikan lutut berpandukan ultrasound untuk kes yang sesuai. Jadi artikel ini bukan 'anti-suntikan'. Ia menerangkan apa yang suntikan boleh dan tidak boleh buat, supaya anda tidak membelanjakan wang untuk rawatan yang tidak anda perlukan.
Ringkasan
Ringkasan
Perbandingan ringkas:
- Suntikan steroid: lega cepat (1–2 minggu), bertahan 1–3 bulan, had bilangan setahun
- Suntikan hyaluronic acid: lebih perlahan, mungkin bertahan 3–6 bulan pada OA ringan–sederhana
- Fisioterapi: lebih perlahan (3–6 minggu), tetapi merawat punca (otot, pergerakan) dan bertahan
- Gabungan: suntikan membuka 'tingkap' tanpa sakit untuk menguatkan otot — hasil paling baik
Apa yang suntikan lakukan?
Steroid (cortisone) mengurangkan radang dalam sendi dengan cepat. Ia berguna bila lutut bengkak dan sangat sakit sehingga tidak boleh bersenam langsung. Tetapi ia tidak menguatkan otot atau membaiki rawan, dan suntikan berulang (lebih 3–4 kali setahun) boleh melemahkan tisu.
Hyaluronic acid ('pelincir sendi') bertujuan menambah kelikatan cecair sendi. Hasilnya berbeza antara pesakit — ada yang lega 3–6 bulan, ada yang tidak rasa beza. Ia lebih sesuai untuk osteoarthritis gred 1–3.
Apa yang fisioterapi lakukan?
Fisioterapi merawat sebab lutut sakit: otot peha yang lemah, sendi yang kaku, cara berjalan dan naik tangga yang menambah beban. Rawatan seperti SIS dan laser HILT mengurangkan sakit dan radang tanpa suntikan, sementara senaman menguatkan otot supaya sendi kurang dibebankan. Kesannya lebih perlahan — tetapi kekal selagi senaman diteruskan.
Bila suntikan sesuai?
- Lutut bengkak dan sakit teruk sehingga tidak boleh memulakan senaman
- Osteoarthritis sederhana yang tidak cukup lega dengan fisioterapi sahaja selepas 4–6 minggu
- Pesakit perlu berfungsi segera (contoh: perlu berjalan untuk kerja atau umrah)
Bila suntikan tidak perlu?
- Sakit ringan–sederhana tanpa bengkak — fisioterapi biasanya mencukupi
- Sakit disebabkan otot lemah atau tendon, bukan sendi — suntikan ke dalam sendi tidak membantu
- Osteoarthritis gred 4 — suntikan memberi kelegaan singkat sahaja; rujukan ortopedik lebih sesuai
Cara kami buat di Jom Physio
- Doktor menilai lutut dan membuat scan ultrasound untuk melihat cecair, tendon dan rawan.
- Jika suntikan sesuai, ia dibuat berpandukan ultrasound supaya tepat.
- Fisioterapi bermula dalam minggu yang sama — menggunakan tempoh tanpa sakit untuk menguatkan otot.
- Senaman diteruskan di rumah; kami nilai semula selepas 4–6 minggu.
Lihat harga dan pakej, atau baca osteoarthritis lutut gred 1 hingga 4 untuk memahami tahap lutut anda.
Sakit lutut: scan, laser, SIS & suntikan
Sakit lutut boleh disebabkan osteoarthritis, tendon bengkak atau otot peha lemah. Di Jom Physio, lutut boleh dirawat dengan Super Inductive System dan laser, serta di-scan dan disuntik jika perlu selepas penilaian.
Tanya tentang rawatan iniMaklumat pendidikan umum — tidak menggantikan pemeriksaan doktor atau fisioterapis. Hasil rawatan setiap individu berbeza.